VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 26/12/2007

Elaun kritikal bagi lima lagi perkhidmatan

KUALA LUMPUR 25 Dis. – Lima lagi Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal akan diberikan kepada kakitangan awam termasuk Penerbit Rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkuat kuasa 1 Januari 2008.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata, empat lagi perkhidmatan baru itu ialah pegawai kawalan trafik udara, pembantu perubatan, pembantu teknik kapal terbang dan penolong pegawai kawalan trafik udara.

Katanya, untuk kumpulan pengurusan dan profesional, kadar bayaran insentif perkhidmatan kritikal adalah sebanyak lima peratus daripada sebulan gaji pokok.

Bayaran insentif kepada pegawai perubatan, pegawai pergigian, pegawai farmasi, pensyarah perubatan, pensyarah pergigian, pensyarah universiti (farmasi) dan pensyarah UiTM (farmasi) adalah RM750 sebulan tanpa mengikut gred.

“Bagi perkhidmatan kritikal untuk kumpulan sokongan ialah 10 peratus daripada gaji pokok sebulan kecuali bagi jururawat dalam kumpulan sokongan adalah 15 peratus daripada gaji pokok sebulan,” katanya.

Beliau memberitahu demikian dalam satu surat pekeliling perkhidmatan bilangan 17 tahun 2007 bertajuk ‘‘Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal’’ yang dikeluarkan pada 11 Disember lalu.

Sebelum ini, 31 skim perkhidmatan dalam senarai perkhidmatan kritikal menerima insentif itu.

Surat pekeliling itu juga menyatakan, 10 peratus daripada sebulan gaji pokok secara khas untuk penyandang kepada jururawat dalam kumpulan pengurusan dan profesional akan diberikan kepada yang terlibat dalam pelaksanaan opsyen tukar lantik ke skim perkhidmatan jururawat bersepadu mengikut surat JPA(S)(BPO)256/21/3-2 Klt.10(45)SKI(9) bertarikh 24 Mei 2005.

Dalam surat pekeliling itu, Ismail memberitahu, kerajaan memutuskan demikian setelah mengambil kira tahap kritikal perkhidmatan yang tinggi bagi menarik dan mengekalkan pegawai dalam perkhidmatan untuk melaksanakan program-program pembangunan.

Dalam pada itu katanya, dua skim perkhidmatan dan satu disiplin iaitu ketukangan digugurkan daripada senarai perkhidmatan kritikal sedia ada kerana tidak mencapai tahap kritikal yang ditetapkan.

Bagaimanapun menurut beliau, bagi skim perkhidmatan pegawai ehwal ekonomi, selain daripada dikekalkan pemberian kepada mereka yang berkhidmat di Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), ia turut dipanjangkan kepada pegawai di Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Surat pekeliling itu turut menjelaskan mengenai skim perkhidmatan pengajar dengan pemberian insentif yang sama dipanjangkan kepada pembantu perubatan.

Pemberian insentif seumpama turut dipanjangkan kepada skim perkhidmatan pegawai pendidikan pengajian tinggi dalam bidang kejuruteraan, ukur bahan dan seni bina.

Kerajaan menurut Ismail, memutuskan demikian setelah dibuat kajian semula setiap lima tahun sama ada untuk mengekal atau menarik balik pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal berdasarkan empat kriteria.

Empat kriteria itu ialah peranan dan sumbangan perkhidmatan ke arah pertumbuhan ekonomi negara, kedudukan persaingan dalam pasaran buruh, kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan serta keadaan persekitaran tempat kerja.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.