Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
KORPORAT

ARKIB : 22/12/2007
Shoe’s Ideas cadang buka 10 butik baru

Shoe’s Ideas cadang buka 10 butik baru

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Shoe’s Ideas Sdn. Bhd. (Shoe’s Ideas), butik kasut eksklusif untuk wanita, bercadang membuka lima hingga 10 butik baru di seluruh negara dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Pengasasnya, Jen Woon berkata, butik itu menerima permintaan yang tinggi daripada golongan pelanggan yang meminati kasut eksklusif untuk menghadiri majlis rasmi, makan malam atau majlis perkahwinan.

Tambahan pula, katanya, kumpulan pengguna yang suka menempah kasut mengikut cita rasa sendiri, di samping mengguna aksesori yang berbeza-beza juga semakin meningkat.

‘‘Ini adalah trend pelanggan masa kini yang lebih suka memiliki kasut yang eksklusif rekaannya dan tidak terdapat di mana-mana kompleks membeli belah atau butik lain.

‘‘Trend menempah kasut mengikut selera sendiri juga semakin bertambah bukan sahaja di kalangan orang dewasa tetapi juga di kalangan remaja,’’ katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada majlis prebiu produk Shoe’s Ideas, di sini hari ini.

Syarikat yang menggunakan jenama Solemate itu turut diusahakan bersama oleh dua rakan kongsi lain iaitu Valeri Fan dan Shannezz Ch’ng.

Lebih menarik lagi, rekaan kasut-kasut di butik itu yang terletak di Bangsar di sini telah mendapat sentuhan kreatif daripada Fan yang memenangi anugerah pereka kasut dari La Salle International Design Scholl Kuala Lumpur.

Woon menjelaskan bahawa selain kasut, butiknya turut menawarkan beg tangan dan aksesori khususnya yang diimport dan pakaian wanita.

‘‘Pelanggan kami terdiri daripada golongan remaja hingga dewasa dan pelbagai taraf pendapatan, kerana barangan di sini dijual pada harga berpatutan,’’ jelasnya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN