ARKIB : 18/12/2007
Modenas sasar jual 7,000 Kriss sebulan
![]() |
|
Khamil Jamil ( duduk ) bersama Abdul Harith Abdullah pada Majlis Pelancaran Motosikal Modenas Kriss 100 Sport dan Kriss 120 Sport di Wisma DRB-HICOM Shah Alam semalam. |
SHAH ALAM 17 Dis. – Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) menyasarkan jualan 7,000 unit motosikal variasi terbaru Kriss 120 Sports dan Kriss 100 sebulan, sekaligus memperbaiki penguasaan pasaran tempatan ke tahap 13 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Harith Abdullah berkata, pengenalan model baru itu juga dilihat mampu membantu Modenas mencapai sasaran pengeluaran berjumlah 70,000 unit bagi tahun kewangan 2007 dan 2008.
Menurut beliau, 60,000 unit disasarkan untuk pasaran tempatan manakala baki 10,000 unit lagi dijangka disumbangkan melalui penjualan dari pasaran eksport.
‘‘Kedua-dua variasi baru akan menyumbang secara signifikan kepada jumlah keseluruhan penjualan motosikal Modenas seterusnya menyumbang kepada kenaikan perolehan dan keuntungan syarikat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Variasi terbaru Modenas yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB Hicom, Datuk Mohd, Kamil Jamil di Wisma DRB Hicom di sini hari ini.
Variasi terbaru ini dilengkapi dengan aksesori yang menampilkan ciri-ciri lebih sporty beserta corak grafik yang menarik selain mempunyai ciri-ciri utama antaranya brek cakera hadapan dan grafik terbaru panel meter.
Selain itu, ia turut ditampilkan dalam rekaan warna yang lebih menarik dan ceria antaranya putih awan, merah gaya dan hijau alam.
Insurans untuk pembeli tiket
SME Bank jalin kerjasama dengan DAMU Fund
KPJ sasar RM1.3 bilion 2013
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










