VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SASTERA

ARKIB : 10/12/2007

Puisi kesinambungan warisan seni Melayu

KETIKA pengetahuan empiris ilmu alam diutamakan di Barat terutama selepas Revolusi Industri pada abad ke-19, muncul pandangan bahawa sastera khususnya puisi tidak lagi diperlukan.

Beberapa pemikir modenisme Eropah termasuk golongan penyair sendiri beranggapan sastera dan puisi sudah tidak lagi sesuai ketika masyarakat Eropah mulai melangkah ke era sains dan teknologi.

Namun, penyair-penyair Romatik seperti Percy Bysse Shelly melihat kehadiran puisi justeru sangat penting. Tanpa nilai-nilai yang terwujud dalam puisi, pengetahuan semacam itu akan melahirkan eksploitasi terhadap sesama manusia mahupun alam.

Seseorang penyair mampu mengubah semua aspek menjadi keindahan, kerharmonian dan menghapuskan cara berpikir fungsional sesebuah masyarakat.

Shelley adalah salah satu tokoh kunci kelompok Romantik Inggeris yang berada di garis depan pengkritik semangat Pencerahan (Aufklarung) yang melanda Eropah selepas revolusi itu.

Puisi oleh kelompok Romantik dianggap mempunyai kaitan erat antara fikiran dan alam seseorang penyair sebagaimana pandangan pemikir Rene Descartes.

Alam menjadi objek yang bersedia untuk diterokai dan dimanfaatkan atas nama kekuasaan fikiran seseorang. Oleh Francis Bacon, pengetahuan dan empirisisme adalah kekuasaan.

Oleh itu, puisi-puisi dan gaya kepenyairan kelompok Romantik tersebut terus berkembang dan menjadi asas kepada kelahiran penyair-penyair Eropah moden hari ini.

Dalam konteks Malaysia, perkembangan puisi moden yang bermula pada awal abad ke-20 banyak memberi sumbangan keilmuan yang besar kepada tamadun bangsa.

Perkembangan puisi moden Malaysia adalah warisan daripada perkembangan puisi tradisional seperti syair, seloka, gurindam dan nazam yang berakar dalam masyarakat Melayu sejak beberapa kurun lalu.

Hari ini, puisi moden yang ada seolah-olah satu mimesis daripada warisan lampau. Dengan kata lain, wujud unsur pengulangan konsep penulisan puisi itu meskipun telah diberi warna baru oleh penyair-penyair mutakhir.

Oleh itu, tanggapan penyair mutakhir yang terungkap dalam puisi merupakan idea peninggalan genre-genre puisi tradisional yang terbentuk dalam minda orang Melayu melalui proses masa serta sejarah.

Pensyarah sastera, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Arbak Othman dan Dr. Kamariah Kamaruddin membuktikan adanya pengulangan itu.

Bagaimanapun, dalam kertas kerja bersama yang dibentangkan pada Seminar Antarabangsa Psikolinguistik (Seapil I) baru-baru ini, kedua-duanya melihat tidak ada mimesis dalam erti sesungguhnya.

Seminar tersebut dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM, Prof. Dr. Tai Shzee Yew. Beliau turut melancarkan buku Merungkai Mantera Asli Etnik Kedayan Sarawak karya Hassan Hasbollah.

Pada majlis itu juga, Shzee Yew turut melancarkab buku Modul Asas Membaca Tahun 1 (edisi pertama) yang ditulis oleh Muhamad Saiful Haq Hussin.

Dalam pada itu, Arbak dan Kamariah berpendapat, apa yang ditemukan hasil daripada kajian terhadap puisi-puisi Melayu mutakhir mimesis lebih tertumpu pada aspek tema, struktur dan gaya yang sentiasa berulang pada setiap zaman.

“Dalam puisi, misalnya perkara sama sering berulang terutama hal-hal yang berkaitan perbezaan nilai kemanusiaan, konsep keadilan, kesamaan atau penyimpangan nilai budaya dan keagamaan.

“Oleh sebab karya kreatif itu dianggap mengandungi nilai estetik kerana keindahan bentuk-bentuk pengucapan, maka struktur keindahan ini menjadi aset teks yang sentiasa dianggap baru yang terus diperkatakan dari semasa ke semasa,’’ ujar mereka.

Kedua-dua sarjana itu melihat daripada pengertian psikologi kognitif. Ini kerana teks merupakan rakaman minda penulis atau penyair dalam wacana tertulis. Oleh itu, hanya pengetahuan budaya dapat menyelami apa yang terkandung di dalam teks.

Pengulangan itu dapat ditemukan dalam puisi-puisi Melayu mutakhir menerusi tiga tanggapan yang jelas; tidak senang terhadap gejala bahasa Melayu yang terpinggir, penggunaan aset orang Melayu dan penyimpangan dalam politik.

Impak langsung daripada unsur itu ialah kelahiran puisi-puisi yang ‘memberontak’ untuk menyatakan keinginan orang Melayu. Antaranya karya Hakikat Bahasa (Awang Sariyan), Melayu (Baha Zain) dan Dialog Keluarga (Cedi Karya).

“Wacana dijadikan alat oleh penyair untuk menyampaikan perasaan, idea dan fikiran bangsa Melayu di negara berbilang kaum ini. Fikiran mereka akan berbeza jika negara mempunyai masyarakat majmuk.

“Berdasarkan hakikat ini, terdapat perkara yang membimbangkan bangsa Melayu selain turut mengakui kepentingan hidup yang harmoni,’’ tambah Arbak dan Kamariah.

Berdasarkan kedudukan, kedua-duanya melihat bahawa mimesis dalam sajak Melayu berkait rapat dengan fungsinya dalam masyarakat sejak era perkembangan puisi tradisional.

Hal yang sama juga berkembang dalam kesusasteraan Barat hingga ke hari ini. Wujud mimesis yang ketara dan puisi-puisi terus ditulis ketika kekhuatiran sains memperlakukan alam sebagai objek eksploitasi untuk memenuhi keperluan manusia.

Sains dan teknologi juga dilihat sebagai jentera-jentera yang dicipta hingga menjadikan hubungan sesama krisis spiritual manusia moden - keterasingan!

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.