VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 04/12/2007

‘Gores dan menang’ diharamkan

PUTRAJAYA 3 Dis. – Kerajaan hari ini mengharamkan serta-merta sebarang bentuk aktiviti ‘gores dan menang’ serta seumpamanya yang berselindung di sebalik perniagaan jualan langsung.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal berkata, turut diharamkan ialah taktik seumpamanya seperti koyak dan menang, cabutan dan panggilan telefon bertuah, penawaran baucar serta hadiah percuma.

Sebagai pengajaran kepada penganjur, kata beliau, kementerian akan membatalkan lesen dan menyenarai hitam pengarah syarikat yang terlibat.

Beliau menegaskan, keputusan itu dibuat selepas kajian terperinci oleh kerajaan mendapati aktiviti gores dan menang boleh memudaratkan keselamatan orang ramai.

‘‘Statistik dari Januari hingga Oktober lalu menunjukkan 6,903 kes difailkan ke Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP) dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,393 kes membabitkan gores dan menang diikuti pembelian kenderaan sebanyak 529 kes.

‘‘Peraduan gores dan menang didapati telah menular ke kawasan luar bandar berikutan ramai pengguna di kawasan itu terpedaya dengan kegiatan syarikat yang menawarkan barangan tidak berkualiti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Mesra kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata, langkah drastik dan tegas ini diambil untuk mengekang penyelewengan yang dilakukan dalam aktiviti jualan langsung serta melindungi rakyat.

‘‘Ramai yang terpedaya dengan kegiatan tidak bermanfaat syarikat ini dengan menawarkan hadiah tidak berkualiti yang diimport dari China,” katanya.

Sementara itu, kementerian dalam kenyataan di sini hari ini mendedahkan kaedah penipuan terancang itu dibuat melalui penawaran pelbagai hadiah menarik seperti wang tunai, kereta, motosikal, barangan keperluan rumah, pinggan mangkuk, peralatan elektrik dan tawaran pakej melancong.

Setakat ini, sebanyak 20 lesen jualan langsung telah dibatalkan kerana disalahgunakan dengan menjalankan aktiviti gores dan menang.

Pada 2005, sebanyak 41 kes dikesan dan dikenakan tindakan dengan hasil rampasan bernilai RM790,450 manakala tahun lepas, 51 kes dikesan dengan nilai rampasan RM1.2 juta.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini pula terdapat 53 kes dengan nilai rampasan RM2.3 juta.

Selain pembatalan lesen, tindakan denda dan penjara juga boleh dikenakan mengikut Peraturan 10, Peraturan Jualan Langsung 1993 kerana syarikat menjalankan perniagaan di luar waktu bertandang dibenarkan serta Seksyen 25, Akta Jualan Langsung 1993 berkaitan tempoh bertenang.

‘‘Sebuah pasukan petugas khas akan berfungsi membanteras penipuan aktiviti gores dan menang, skim cepat kaya serta jualan langsung yang lain di samping kempen kesedaran pengguna,” katanya.

Orang ramai boleh membuat aduan berhubung kegiatan itu kepada kementerian melalui emel: eaduan.kpdnhep.gov.my atau menghubungi talian bebas tol 1-800-886-800 atau SMS ke 32255 atau semua pejabat cawangan kementerian di seluruh negara.

Terdahulu berucap pada majlis tersebut, beliau menafikan spekulasi mengenai kenaikan harga minyak petrol kerana kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Beliau turut mendedahkan perbuatan segelintir peniaga di beberapa negeri termasuk Sabah yang menaikkan harga gas memasak sehingga membebankan pengguna.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.