ARKIB : 03/12/2007
ULASAN BUKU
Judul: Fonologi Dialek Melayu Brunei: Satu Analisis Berdasarkan Teori Standard Fonologi Generatif
Pengarang: Mataim Bakar
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei
Tahun terbit: 2006
Tebal: 162 halaman
PENGULAS: ROOSFA HASHIM
BUKU Fonologi Dialek Melayu Brunei: Satu Analisis Berdasarkan Teori Standard Fonologi Generatif oleh Mataim Bakar satu lagi sumbangan kepada perbendaharaan ilmu bidang linguistik Melayu. Kajian yang dikemukakan dalam buku ini banyak memanfaatkan Teori Standard Fonologi Generatif yang melibatkan konsep struktur dalaman dan permukaan, teori fitur distingtif, kelas natural, rumus fonologi dan atur rumus. Dalam proses menganalisis dan menyelesaikan sesuatu fenomena fonologi, setiap konsep mempunyai kaitan yang amat rapat di antara satu sama lain. Dengan erti kata lain, penerapan konsep ini dalam menganalisis data, telah banyak membantu terutama dalam menyelesaikan masalah-masalah fonologi yang tidak seragam.
Ketidakseragaman ini berlaku akibat pertembungan bahasa dan dialek sehingga mencemar pelbagai rumus morfologi bahasa Melayu yang sistematis. Rumus fonologi yang tidak seragam mengakibatkan pengguna bahasa menjadi serba salah dan tidak pasti yang mana satu yang betul dan yang mana salah, atau kedua-duanya boleh digunakan.
Dalam masalah ini, penulis memberi contoh antara (mengagumkan) dengan (mengkagumkan) yang kedua-duanya digunakan oleh pengguna bahasa dengan penuh kekeliruan.
Masalah seperti ini membebankan dalam usaha pembakuan bahasa. Namun, Teori Standard Fonologi Generatif mengemukakan penyelesaian yang memudahkan, iaitu dengan penerapan komponen-komponen rumus fonologi, teori fitur distingtif dan atur rumus.
Kajian ini juga membahaskan pembakuan sebutan istilah asing yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu. Kata pinjaman daripada bahasa asing memang akan memperkaya perbendaharaan bahasa kita.
Salah satu proses membina dan mengembangkan bahasa Melayu adalah menyeragamkan semua aspek yang terkandung dalam korpus bahasa, iaitu dari segi penyebutan, ejaan, istilah dan tatabahasa.
Kewujudan bentuk bahasa yang seragam akan melahirkan satu konsep bahasa baku yang akan menjadi dasar dan ukuran dalam menentukan ketepatan bahasa yang digunakan termasuklah dari segi penyebutannya.
Sebutan baku bahasa Melayu adalah sebutan fonemik atau sebutan yang berdasarkan ejaan.
Membakukan sebutan perkataan asli bahasa Melayu tidak sangat mendatangkan masalah sebagaimana membakukan kalimat daripada bahasa asing. Dalam masa yang sama, masalah yang lebih besar ialah bagi memasyarakatkan pembakuan kalimat yang dipinjam.
Istilah asing dieja mengikut bentuk visualnya dan pengucapannya disesuaikan dengan pengucapan bunyi bahasa Melayu.
Peranan analisis fonologi tidak kurang pentingnya. Pengarang menjelaskan bentuk pembunyian bahasa Melayu yang tepat dalam menyebut bunyi-bunyi vokal dan konsonan. Demikianlah analisis ini sedikit sebanyak membantu pengguna bahasa Melayu membuat pilihan yang tepat apabila sukar menyebutkan kata asing.
Kajian ini juga memberi implikasi kepada bidang pedagogi, iaitu kesan daripada penyelarasan bunyi. Jika sistem penyebutan bunyi-bunyi vokal dan konsonan tidak selaras, ini akan mengganggu proses pengajaran di peringkat membaca permulaan.
Ini mengganggu kelicinan penguasaan kanak-kanak dalam proses mengenal huruf dan bunyi. Mereka keliru dan sukar memilih bentuk bunyi yang tepat.
Buku ini tentu akan lebih akrab kepada pembaca sekiranya disunting dengan lebih cermat dengan merombak dan menanggalkan sifat tesisnya yang terlalu kental.
Subjudul buku ini patut digugurkan sahaja memandangkan judul Fonologi Dialek Melayu Brunei sudah cukup jelas dan memadai bagi sebuah buku.
Wajah dan sifat tesis masih terpampang pada beberapa subjudul – kawasan kajian, pemaklum, tujuan dan kepentingan kajian, bidang kajian, kaedah penyelidikan dan masalah mendapatkan data.
Sebahagian besar lampiran berupa peta patut dimasukkan menjadi sebahagian daripada isi manakala senarai responden patut digugurkan.
Sebagai buku ilmiah, editor patut mengusahakan indeks subjek agar memudahkan pembaca dan pengkaji. Namun demikian, buku ini tetap baik untuk rujukan pengkaji bidang linguistik Melayu. Sumbangannya kepada korpus ilmu bidangnya adalah besar.
- ROOSFA HASHIM ialah Pensyarah Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Aura pemimpin muda di Kedah
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Kelangsungan dasar pendidikan melalui gabungan KPM-KPT
Impian Anwar, penganjur demonstrasi jalanan
Ketegasan Zahid ada asas
Ugutan anarki: Bagaimana tindakan PDRM?
Musim berlembut sudah berakhir!
Politik geram, sentimen kaum tak ke mana...
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Eloklah bersabar menunggu tempoh empat atau lima tahun lagi
YB Sabah harus ingat perihal 'menang tipis'
‘Retreat’ untuk serangan baru
Media sosial penggalak undang-undang koboi
Anwar sekadar ‘kuda tunggangan’ DAP
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Cahaya di hujung terowong untuk Pas
Said Zahari nasionalis cekal sepanjang zaman
Anwar patut bersara
Ketibas dalam cuaca panas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









