VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 24/11/2007

Ahli Parlimen sah bercerai talak tiga


RADZMI Othman di luar Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, semalam. Gambar kecil Dr. Rozaidah Talib.


KUALA LUMPUR 23 Nov. – Ahli Parlimen Ampang, Dr. Rozaidah Talib, 44, disahkan bercerai talak tiga dengan pasangannya, Radzmi Othman, 47, mulai 8 Julai lalu, demikian keputusan Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin yang mensabitkan talak tersebut berkata, dengan keputusan tersebut, Rozaidah, yang tidak hadir di mahkamah hari ini diperintahkan beredah tiga kali suci dari tarikh perceraian.

Beliau yang membuat keputusan itu mengikut Seksyen 55(a) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, juga memerintahkan supaya kos bagi prosiding itu ditanggung oleh Rozaidah dan Radzmi masing-masing selaku defendan dan plaintif.

Mohd. Yunus memutuskan demikian setelah meneliti pengakuan dan penjelasan daripada kedua-dua pihak serta mengambil kira hujah secara lisan dan bertulis, mengkaji mazhab fiqh dalam soal talak demi keadilan bagi kedua-dua pihak.

Beliau sebelum itu turut mengingatkan pihak-pihak terlibat yang tidak berpuas hati dengan keputusannya supaya mengemukakan rayuan di mahkamah dan bukannya memberikan komen kepada pihak media.

Radzmi, seorang pengurus bank sebelum ini mengemukakan permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap Rozaidah, juga seorang doktor gigi yang dilafazkan beliau di rumah mereka di A M-26, Jalan Bakubang Dua, Taman Setapak di sini, pada 8 Julai lalu.

Beliau mendakwa telah melafazkan cerai talak satu dengan berkata: “Saya dengan ini menceraikan isteri saya, Rozaidah Talib.”

Rozaidah bagaimanapun dalam tuntutan balasnya pula menyatakan Radzmi telah menceraikannya dengan berkata: “Aku ceraikan kamu dengan seberapa talak yang mungkin.”

Walaupun Radzmi mendakwa lafaz cerai itu membawa maksud talak satu, Rozaidah menyifatkannya sebagai talak tiga.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 30 Januari 1988 telah dikurniakan lima cahaya mata iaitu Elana, 19; Yasmin, 16; Haris, 14; Myra, 10, dan Aliza, 7.

Kelima-lima mereka hadir di mahkamah hari ini bersama bapa mereka.

Radzmi diwakili oleh dua peguam syarie, Zaini Zainol dan Zainuddin Abdul Razak manakala peguam syarie Ahmad Nazib Johari mewakili Rozaidah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.