VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 22/11/2007

Gerakan Amal Jariah Yapeim di Sabah


AMAL jariah... Nasir Sakaran (dua dari kanan) diiringi A.M. Ibnu (kiri) dan Tarmizi Saat (paling kanan) menyampaikan basikal sumbangan YaPEIM kepada pelajar sekolah rendah sempena Gerakan Amal Jariah Nasional di Semporna, Sabah.


USAHA berganda perlu dilakukan dengan lebih fokus kepada pembudayaan amal jariah secara menyeluruh untuk menyedarkan masyarakat beramal jariah.

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Nasir Tun Sakaran menjelaskan, pendedahan kebaikan amal jariah di peringkat kanak-kanak dan golongan ibu bapa mampu merangsang penjanaan budaya beramal dengan lebih berkesan.

Katanya, bagi menjayakan kempen itu segenap lapisan masyarakat perlu diberikan kesedaran melalui pengedaran maklumat dipelbagai institusi dan premis serta melibatkan media elektronik dan media cetak.

Beliau menambah, kempen menyemarakkan budaya beramal jariah itu memerlukan sokongan padu semua pihak dengan lebih mantap dan efektif melalui penyertaan seluruh lapisan masyarakat sekali gus menuntut niat suci, iltizam yang tinggi dan kerjasama yang tulus.

Nasir berkata demikian sempena merasmikan Gerakan Amal Jariah Nasional Peringkat Negeri Sabah anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) bagi Daerah Semporna, Sabah, baru-baru ini.

Hadir sama ialah Wakil Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim dan Pengarah Yapeim Sabah, Tarmizi Saat, Pegawai Daerah Semporna, A.M. Ibnu A.K. Baba dan Ketua Daerah Semporna, OKK Musa Sabani.

Sempena majlis itu, Nasir menyampaikan sumbangan Yapeim iaitu 100 basikal kepada 100 orang murid sekolah rendah, set kelengkapan nelayan kepada dua orang nelayan dan mesin jahit kepada tiga orang usahawan kecil Daerah Semporna.

Beliau yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Agama Islam di Sabah berkata, sistem jaminan sosial dalam Islam perlu digerakkan dan direalisasikan oleh umat Islam diaman keindahan Islam itu tercermin melalui prinsip dan amalannya.

Katanya, antara lain prinsip yang jelas dalam konteks itu harta kekayaan merupakan amanah Allah kepada manusia dan sistem jaminan sosial inilah juga yang digambarkan di dalam pendekatan Islam Hadhari melalui prinsip kehidupan berkualiti yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Gerakan Amal Jariah anjuran Yapeim bagi Daerah Semporna itu adalah kesinambungan Gerakan Amal Jariah yang dilaksanakan badan itu di Sandakan.

Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senallang menambah, golongan kaya dan mempunyai kemampuan sebenarnya diberi amanah untuk memelihara, mengembangkan dan membelanjakan harta mengikut keperluan diri serta keluarga dengan tidak mengenepikan kepentingan masyarakat.

Yapeim ditubuhkan pada 13 Oktober 1976 di bawah Trustees (Incorporation) Act 1952, bagi menangani beberapa masalah sosio ekonomi masyarakat Islam negara ini.

Dalam memenuhi hasrat itu, Yapeim disusun semula pada 20 Julai 1984 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.