Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
KORPORAT

ARKIB : 14/11/2007
J&C Pacific bangunkan MIBO

J&C Pacific bangunkan MIBO

PUTRAJAYA 13 Nov. – J&C Pacific Sdn. Bhd.(J&C Pacific) akan membangunkan Program Milik Perniagaan Bebas (MIBO) apabila ia memperoleh dana berjumlah RM100 juta daripada dua buah bank.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chong Tze Voon berkata, program yang dilancarkan hari ini dijangka mendapat sokongan padu daripada Public Bank Bhd. dan United Overseas Bank (M) Bhd. dengan masing-masing menyediakan dana sebanyak RM50 juta.

Beliau berkata, dana tersebut akan memudahkan pihaknya membantu bakal usahawan bagi memulakan perniagaan mereka sendiri.

‘‘Dengan sokongan padu tersebut, kami mensasarkan untuk melahirkan kira-kira 5,000 usahawan dalam tempoh dua tahun akan datang.

‘‘Kami akan memberi tumpuan kepada empat kategori perniagaan yang dilihat mempunyai potensi iaitu telekomunikasi; internet; produk kewangan dan lain-lain produk teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran MIBO yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Liow Tiong Lai di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Persatuan Graduan Muda Malaysia (Graduan), Ong Chi King.

Pada majlis yang sama J&C Pacific turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Graduan.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN