VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 13/11/2007

BUTAKAH CINTA kisah cinta tiga segi di RTM1

Cinta perlu dizahirkan dan tidak boleh dipendam kerana ia akan hanya memakan diri dan mengundang kekecewaan serta lara di hati. Perasaan yang ditanggung oleh Alim (Rusdi Ramli) yang mencintai Erra (Rita Rudaini) dalam diam tetapi ragu-ragu untuk berterus terang ini boleh anda saksikan dalam Butakah Cinta.

Drama bersiri terbaru ini bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 11.05 pagi menerusi slot Sutera di RTM1 mulai hari ini. Ia menggantikan drama bersiri Tidak Pernah Ku Sesali.

Selama ini kehadiran bunga dan puisi yang diterima Erra daripada Alim, peminat misterinya itu benar-benar mencuri hati Erra. Erra sama sekali tidak menduga bahawa bunga dan puisi itu datangnya daripada Alim, yang bertugas sebagai budak pejabat di tempat kerja yang sama dengannya.

Hanif (Aqasha) yang meminati Erra menangguk di air yang keruh dengan mengaku bahawa selama ini dia yang menghantar puisi dan bunga tersebut sehingga membuatkan Erra percaya. Erra sama sekali tidak menyedari yang dirinya ditipu dan sering mengelamun akan kisah cintanya dengan Hanif.

Alim yang tidak mahu bersubahat dengan Hanif mengenai kiriman bunga dan puisi itu akhirnya memberitahu perkara sebenar kepada Erra dan Erra amat kecewa dengan tindakan Hanif lalu membatalkan hasratnya untuk bertunang dengan Hanif.

Lembut hati

Hanif cuba membetulkan keadaan dan mengaku segala kesalahannya serta meyakinkan Erra bahawa dia tidak akan mensia-siakan Erra. Kejujuran dan keyakinan yang ditunjukkan Hanif menjadikan Erra lembut hati dan menerima kehadiran Hanif semula.

Sementara itu, Alim pula mengambil keputusan berhenti kerja sebagai penghantar surat dan bekerja di sebuah syarikat lain sebagai jurujual kereta. Hanif yang mahu menghadiahkan sebuah kereta sport kepada Erra sebagai bukti cinta kasihnya kepada Erra menempah kereta tersebut di tempat Alim bekerja. Majikan Alim memilih Alim untuk menghantar kereta tersebut kepada Erra tanpa pengetahuan Hanif. Erra terkejut melihat Alim dan pertemuan itu membangkitkan semula bahang cinta lama. Ini membuatkan Hanif cemburu dan memberi amaran kepada Alim agar jangan berhubung dengan Erra.

Alim yang dibuang kerja akibat tindakan Hanif, pulang mencari kerja di kampung. Erra marah dengan tindakan Hanif dan berlakulah pertengkaran antara mereka sehingga Erra memberi amaran kepada Hanif supaya mengubah perangainya sebelum hatinya berubah kembali kepada Alim.

Erra menjadi buntu kerana dia sendiri tidak dapat melupakan cintanya kepada Alim. Erra yang serba salah meminta ibunya (Hamidah Wahab) menunda majlis pertunangannya dengan Hanif.

Sementara itu, Alim yang kembali semula ke Kuala Lumpur untuk terus membina hidupnya, ternampak perangai buruk Hanif yang menjalin hubungan dengan gadis lain bernama Nia. Alim menasihati Erra agar berhati-hati dengan Hanif kerana dia tidak mahu Erra kecewa lagi.

Hanif yang mengetahui rahsianya sudah bocor, bertindak memukul Alim. Hanif juga mengugut Nia supaya bertemu Erra untuk memberitahu Erra bahawa dia hanya mahu memisahkan mereka berdua. Erra yang dibelenggu rasa kecewa akhirnya tenggelam punca lalu mempercayai yang Hanif bukanlah orang jahat dan merasa bersalah terhadap Hanif. Erra mengambil keputusan mahu meneruskan perkahwinannya dengan Hanif.

Sanggupkah Alim berdiam diri melepaskan Erra menjadi milik Hanif sedangkan Alim mengetahui siapa Hanif sebenarnya? Pastikan anda menonton drama bersiri Butakah Cinta terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 11.05 pagi menerusi slot Sutera di RTM1 bermula 13 November ini untuk mengetahui kesudahan kisah cinta yang tragis ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.