VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 06/11/2007

Empat maut dalam dua kemalangan di Raub

RAUB 6 Nov — Empat termasuk seorang wanita maut manakala dua lagi cedera parah dalam dua kemalangan jalan raya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Supt Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kemalangan pertama yang menyebabkan tiga kematian berlaku pukul 5.30 petang melibatkan sebuah kereta Toyota Avanza dan bas ekspres di KM126.8, Jalan Raub-Lipis, satu kilometer dari Pondok Polis Sega.

Katanya, kemalangan itu meragut nyawa pemandu Toyota Avanza, Mohamed Saiful Ismail, 30, dan Izham Mohd Yusof, 29, penumpang sebelah pemandu serta Rozilan Salleh, 31, penumpang di belakang.

“ Mohamed Saiful dan Rozilan dipercayai mati di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan yang teruk di kepala dan badan akibat tersepit dalam kereta tersebut manakala Izham meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Raub,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wan Mohd Samsudin berkata, pihak bomba mengambil masa lebih kurang 45 minit mengumpil kenderaan tersebut bagi mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa yang tersepit.

“Hasil siasatan mendapati kereta mangsa dari arah Benta menuju ke Raub dipandu laju dan tidak terkawal sehingga terbabas di lorong sebelah kanan dan hampir bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pemandu kereta tersebut sempat mengelak dan menyebabkan kereta mangsa merempuh bas ekspres yang berada di belakang kereta berkenaan.

Katanya, kenderaan pelbagai guna tersebut melanggar bahagian hadapan sebelah kanan bas berkenaan, namun kesemua 20 penumpang termasuk pemandu bas ekspres tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, seorang wanita maut apabila kereta Proton Wira yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam satu kemalangan yang berlaku di KM145.3, Batu Tiga, Jalan Raub- Lipis.

Wan Mohd Samsudin berkata, dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, Warimutuh Balakrisnan, 26, mati di tempat kejadian manakala dua lelaki lain yang turut berada dalam kereta itu mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke Hospital Daerah Raub.

Katanya pemandu pacuan empat roda itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.- Bernama

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:15
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.