ARKIB : 06/11/2007
“Kami hanya rakan kongsi niaga” Razlan dan Nursheila
Berbekalkan wang pendapatan yang dikumpulkannya sejak tahun 2000, vokalis Kristal, Razlan, 22, kini berjaya membuka Razeila Entertainment yang menyediakan perkhidmatan studio latihan dan rakaman.
Razeila Entertainment yang terletak di No. 2779-C, Jalan Changkat Permata, Taman Permata, Hulu Kelang, Kuala Lumpur itu diwujudkan Razlan dengan kos melebihi RM100,000 yang dikongsi bersama rakan niaga, Nursheila Hashim, 22.
“Alhamdulillah, sejak dibuka pada 17 September lalu, hingga kini studio ini sentiasa mendapat tempahan daripada pemuzik profesional atau amatur. Di sini kami menyediakan dua studio yang bertaraf A dan B.
“Studio A sering digunakan oleh pemuzik profesional dan B kerap ditempah oleh anak-anak muda yang gemar jamming,” jelasnya pada majlis pelancaran dan perasmian Razeila Entertainment baru-baru ini.
Kata Lan, usahanya itu turut mendapat sokongan penuh daripada keluarganya yang sering hadir di studio itu untuk membantu Lan jika dia sibuk dengan persembahan.
Ujarnya, sebelum memilih tempat ini, dia sudah meninjau beberapa kawasan.
“Tempat di sini murah dan kebetulan dekat dengan rumah saya. Lagipun saya sudah buat kajian, persekitaran di sini sering menjadi tempat lepak anak-anak muda untuk jamming.
“Di sekitar sini sahaja sudah ada empat studio jamming. Saya tidak risau dari segi persaingan kerana saya tahu di luar sana ramai berbakat yang suka jamming,” katanya yakin.
Bagi Nursheila, dia bersetuju menjadi rakan kongsi Lan kerana telah lama mengenali penyanyi tersebut.
“Saya tidak ragu-ragu untuk menjadi rakan kongsi Lan kerana saya tahu dia macam mana. Lagipun kami sudah lapan tahun berkawan. Membuka studio begini adalah impian dia,” jelasnya.
Biarpun kedua-duanya sudah menjadi rakan niaga namun Lan dan Nursheila belum bersedia untuk menjadi rakan hidup bersama.
Jelas Nursheila, antara dia dan Lan masing-masing masih ada impian yang belum tercapai.
Diboikot media?
Debaran konsert
Mizz Nina cemerlang!
Akademi Fantasia kembali
Nasib Afiq Muiz masih samar
Luah cinta dalam lirik
Setia bersama
'Belum rezeki kami'
Selena Gomez cari perhatian
Fizo putus cinta
Geran RM4.4 juta
Tidak mahu orang menyampah
Resah dan gembira seorang ayah
Khaty bantu ibu tunggal
Godaan muzik
Apabila warga emas menyanyi
Pasaran penyanyi warga emas
Rapat kerana rahsia
Giliran Liberty Ross curang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









