VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 04/11/2007

Satu Destinasi... Abadi mesej kebesaran Tuhan

SUDAH lama tidak mendengar suara gemersik Aman Shah dan Isma Alif, kini mereka muncul bekerjasama dalam sebuah penerbitan album berunsur ketuhanan.

Berkolaborasi bersama Ustaz Harun Mat Saat sebagai penerbit, album Satu Destinasi... Abadi menyampaikan mesej tentang kebesaran tuhan dan kesucian agama Islam serta utusannya.

Muzik diangkat sebagai landasan menyampaikan maksud itu dalam genre pop rock dan amat sesuai didengari semua lapisan usia.

Memuatkan 10 buah lagu, idea untuk menampilkan konsep pop rock adalah bagi menarik golongan remaja bagi mencintai dan bersyukur terhadap Ilahi.

Selain Ustaz Harun Mat Saat, Aman Shah dan Isma Alif, turut terlibat dalam album ini ialah Is Wow, Ustaz Khairul yang juga merupakan adik kepada Ustaz Harun dan Pius Anahong.

Tidak ketinggalan pemuzik undangannya iaitu Zam Barongan dan Samad.

Diterbitkan oleh Karya Hadani Sdn. Bhd. Satu Destinasi... Abadi merupakan album hibah yang pengertiannya untuk diberi atau disumbangkan di kalangan peminat serta syarikat induknya, Dina.

Memperjuangkan Islam melalui industri muzik dengan menghasilkan produk-produk Islam, album ini menjadi antara produk untuk diperkenalkan syarikat tersebut.

Karya Hadani diasaskan oleh Ustaz Harun Mat Saat dengan selian oleh Aman Shah dan dikelolakan oleh Is Wow.

Aman Shah mendendangkan tiga lagu masing-masing berjudul Mari Bersamaku, Kepergianku dan Usaha dan Tawakal yang turut dinyanyikan bersama Ustaz Khairul.

Sementara Isma Alif, Is Wow dan Pius Anahong masing-masing menyampaikan lagu Khas untukmu, Cinta Terluka dan Parah.

Ustaz Harun Mat Saat turut menyampaikan sebuah lagu Kaulah Pujaan manakala Ustaz Khairul mendendangkan lagu-lagu Dina Gembira, Cinta Ilahi dan Seruan Perjuangan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.