VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 02/11/2007

Nilai amanah insan semakin terhakis

JENAYAH rasuah yang menular dalam masyarakat kita hari ini dikatakan telah sampai ke paras yang cukup mencemaskan sehingga timbul saranan agar para penjenayah jenis ini dikenakan hukuman yang lebih berat.

Amalan rasuah, pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya yang kian meningkat itu menyebabkan kita tertanya-tanya apakah sistem pengurusan dan pentadbiran kita sedang mengalami keruntuhan akhlak yang sudah tidak terkawal lagi?

Persoalan yang timbul sebenarnya mungkin lebih jauh daripada soal hukuman. Dalam kaitan ini mungkin berfaedah kita merenung persoalan yang lebih dasar iaitu persoalan terhakisnya nilai amanah dalam cara hidup kita.

Ternyata untuk membina budaya hidup yang unggul, tidak cukup hanya dengan kemahiran dan peralatan canggih, tetapi ia mesti dilandasi dengan kekuatan rohaniah dan nilai-nilai akhlak yang murni. Dengan kata lain, pembinaan budaya hidup itu mestilah bermula daripada pembinaan insan itu sendiri.

Nilai amanah dalam menyempurnakan tanggungjawab yang diberikan seharusnya berpangkal dari hakikat paling dasar iaitu amanah sebagai matlamat keinsanan yang terpenting.

Masyarakat yang telah kehilangan nilai amanah akan segera ditimpa masalah kepercayaan. Demikian pula halnya dengan kehidupan di dunia ini yang telah kehilangan nilai amanahnya, pasti akan runtuh.

Hakikat inilah yang pernah diisyaratkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. bahawa apabila amanah sudah hilang, tunggu sahajalah saat keruntuhannya.

Ketika ditanya bagaimana amanah boleh hilang, Baginda Nabi s.a.w. menjawab apabila sesuatu tanggungjawab itu diserahkan kepada yang tidak layak. (maksud hadis).

Yang dimaksudkan dengan kelayakan di sini tentulah bukan cuma keterampilan dan kepakaran tetapi termasuk juga kewibawaan akhlak atau moral integriti.

Penyerahan tugas kepada yang tidak layak memang seringkali terjadi dalam budaya nepotisme dan amalan pilih kasih, atau dalam masyarakat yang sudah tidak lagi merasakan tugas itu sebagai taklif (amanah dan tanggungjawab) tetapi menganggapnya sebagai tashrif (simbol kebesaran).

Jenayah rasuah adalah gejala penyakit rohaniah yang berpunca daripada sifat tamak dan ingin cepat kaya dengan cara yang batil. Penyakit rohaniah yang seperti ini antaranya dapat disembuhkan menerusi ibadah-ibadah khusus yang dilakukan dengan ikhlas seperti mana yang telah disyariatkan oleh Islam seperti solat, puasa, zakat, haji, zikir dan sebagainya.

Begitu juga dengan amalan rohaniah seperti membaca, memahami dan menghayati al-Quran yang amat dititik beratkan dalam tradisi kepemimpinan Islam. Membaca al-Quran dalam konteks ini harus diertikan sebagai proses muhasabah, mengkritik dan menilai diri.

Inilah yang telah diperlihatkan oleh Khalifah Umar ibn Abd. Aziz, Khalifah Islam yang terkenal dengan keadilan dan amanahnya itu dikatakan mempunyai amalan membaca al-Quran setiap hari, termasuk hari yang paling sibuk. Tidak ada hari yang berlalu tanpa membaca al-Quran, paling tidak satu atau dua ayat.

Pada masa yang sama juga kita tidak menafikan bahawa Islam memerintahkan kita untuk mencari rezeki. Sumber rezeki ialah daripada Allah yang bersifat Raziq. Ini bererti bahawa mencari rezeki ada hubung kaitnya dengan Tuhan.

Kesedaran tentang Tuhan dalam kegiatan harian akan membentuk sikap yang betul dalam hidup. Keyakinan terhadap Allah sebagai Tuhan yang memberi rezeki menumbuhkan sikap optimis dalam menghadapi kegiatan hidup, bahawa rezeki ada di mana-mana asalkan dia mahu berusaha.

Namun ia juga sedar bahawa Tuhan tidak cuma memberi rezeki, tetapi juga menentukan kadarnya. Ia harus rela menerima kadar rezekinya dan tidak perlu tamak.

Kadar ketentuan rezeki dari Tuhan itu ada hikmahnya kerana andainya Tuhan melayani segala kemahuan manusia nescaya manusia itu sendiri akan rosak dan melampaui batas.

Kesedaran bahawa rezeki itu anugerah Allah akan menumbuhkan pula rasa terikat dengan hukum dan nilai ketuhanan. Rezeki yang diperoleh dengan cara yang halal tanpa merugikan orang lain akan membawa keberkatan. Keberkatan adalah satu lagi nilai yang dapat membentuk perilaku seseorang. Hanya yang halal yang akan membawa berkat, sedang yang haram hanya akan membawa padah.

Seterusnya kesedaran bahawa rezeki adalah juga amanah daripada Allah, akan menumbuhkan pula sikap bertanggungjawab dalam membelanjakan harta. Setiap ringgit akan dibelanjakan dengan cara yang diredai oleh Allah.

Kesedaran tentang kekayaan sebagai ujian Tuhan akan dapat mewujudkan budaya hidup yang sederhana dan menghindari gaya hidup bermewah-mewah.

Pemilik mutlak segala kekayaan adalah Tuhan sendiri. Manusia pada hakikatnya hanya penerima amanah. Anggapan kononnya setiap orang berhak membelanjakan hartanya sesuka hati, termasuk untuk hidup bermewah-mewah dan membazir adalah tidak benar.

Biasanya gaya hidup bermewah-mewah itulah yang menjadi penyebab utama pelbagai jenayah rasuah itu. Seorang pengurus yang melakukan penipuan berjuta-juta ringgit bukanlah terdesak untuk memenuhi keperluan asasi hidupnya, tetapi lebih kepada memenuhi tuntutan gaya hidup bermewah-mewah.

Dalam bahang pembangunan masa kini yang lebih terarah kepada kepuasan nafsu, peranan agama terasa semakin penting.

Tanpa panduan agama, insan yang diserahkan tanggungjawab untuk menguruskan amanah negara, akan bertukar menjadi manusia yang rakus dan boros.

Mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan nafsunya dipenuhi. Oleh yang demikian, demi mewujudkan budaya hidup yang bersih daripada gejala rasuah, agama harus menjiwai dan menyatu dalam budaya kerja.

Memang undang-undang dan hukuman yang setimpal boleh membentuk perilaku seseorang. Tetapi ada manusia yang dengan kepintarannya tidak pernah kehabisan helah untuk melepaskan diri daripada undang-undang.

Malah dalam budaya hidup sekarang dengan adanya dikotomi atau pemisahan di antara undang-undang dengan moral, orang boleh saja melakukan perbuatan-perbuatan tidak berakhlak tetapi dianggap sah menurut undang-undang. Lalu timbullah ungkapan ‘legally right, but morally wrong’.

Sesungguhnya kecelaruan dan kekeliruan ini menuntut perhatian yang lebih besar dan iltizam perubahan yang bersungguh-sungguh, kerana sebahagian besar daripada apa yang disebut sebagai masalah kemanusiaan zaman ini pada hakikatnya adalah

* ABU BAKAR YANG ialah Felo Pusat Sains dan Teknologi, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.