Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
PERSIDANGAN

ARKIB : 29/10/2007
3 cadangan martabatkan pertanian

3 cadangan martabatkan pertanian

SEREMBAN 28 Okt. – Seorang ahli panel Forum Khas Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 yang berlangsung di sini mengemukakan tiga cadangan kepada kerajaan untuk mengangkat semula pertanian sebagai bidang penting di negara ini.

Bekas Setiausaha Kementerian Pertanian, Tan Sri Arshad Ayub berkata, beliau melihat generasi muda yang menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai tenaga penting yang wajar diberi pendedahan awal kepada pertanian dan program itu boleh dijadikan sebagai platform terbaik untuk melatih mereka.

Beliau juga mencadangkan supaya kerajaan memulihkan tanah terbiar di seluruh negara untuk dimanfaatkan dalam pembangunan bidang pertanian dengan cara yang sesuai.

“Ini bukan bertujuan merampas tanah mereka tetapi kerajaan mengambil alih untuk tujuan pertanian,” ujarnya.

Arshad turut mencadangkan supaya pegawai kerajaan yang terlibat dalam pertanian diberi latihan kemahiran bagi membantu golongan sasar termasuk petani nelayan dan penternak.

Ini, katanya, selaras dengan usaha pembangunan modal insan yang kini diberi penekanan oleh kerajaan.

‘‘Pada masa yang sama, beberapa isu perlu ditangani segera sekiranya kerajaan mahu memacu bidang pertanian antaranya aspek pengeluaran benih dan baka ternakan,’’ katanya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN