VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 September 2014 / 25 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 26/10/2007

Serbuan antidadah: Hanya dua anggota polis ditembak mati

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Hanya dua anggota polis mati ditembak penjenayah dalam serbuan antidadah di sebuah rumah di Taman Suria, Kampung Desa Aman malam tadi, kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini.

Beliau berkata, dua anggota yang terbunuh L/Kpl Jaya Balan Krishman dari Ibupejabat Polis Daerah Gombak dan L/Kpl Alageson Malappan dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Katanya, dua yang cedera Cif Insp Rajakuma Laju dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan Cif Insp Helmi Zakaria dari Cawangan Narkotik Polis Gombak dirawat di Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh.

Pengesahan Ketua Polis Negara itu menjawab persoalan jumlah mereka yang terbunuh berikutan terdapat laporan akhbar yang melaporkan tiga anggota polis terbunuh dalam kejadian itu.

Dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, empat anggota polis yang berpakaian preman itu dikatakan ditembak sekurang-kurangnya 10 das tembakan oleh penjenayah dipercayai lebih daripada seorang ketika mereka menyerbu rumah yang dipercayai dijadikan pusat pengedaran dadah.

Jaya Balan mati di tempat kejadian akibat terkena tembakan di dada, manakala Alageson, yang tertembak di perut, mati dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

Sementara itu, mayat mendiang Jaya Balan dan Alageson dituntut keluarga masing-masing tengah hari ini di Jabatan Forensik HKL untuk pengkebumian.

Mayat Jaya Balan akan dibawa ke IPD Gombak petang ini bagi memberi penghormatan terakhir sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Tebung, Melaka manakala mayat Alageson dibawa ke Puchong Jaya.

Di Hospital Sungai Buloh, wartawan tidak dibenarkan untuk melawat mangsa malah menurut kakitangan hospital, pihaknya telah mendapat arahan daripada pihak polis dan keluarga agar tidak membenarkan sesiapa melawat mangsa kecuali keluarga terdekat. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.