ARKIB : 24/10/2007
Selangor buat pemilihan Piala Presiden
KUALA LUMPUR Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan menjalankan ujian pemilihan pemain skuad Piala Presiden Selangor bermula 3 November ini.
Penolong Setiausaha FAS, Hamdan Hashim berkata, pemain yang dibenarkan untuk menjalani ujian pemilihan lahir pada 1987 ke atas.
Menurut beliau, ujian pemilihan itu nanti akan dijalankan oleh jurulatih skuad Piala Presiden, P. Maniam dan dibantu oleh penolongnya, Hamdan Ibrahim.
Mereka dari Selangor dan lahir pada 1987 ke atas yang berminat untuk menjalani ujian pemilihan boleh datang pada masa dan tarikh yang ditetapkan, katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurut beliau, sesi ujian pertama akan diadakan pada 3 November ini di padang Bandar Baru Kuala Selangor dan padang awam Batu Caves bermula pukul 8.30 pagi.
Ujarnya lagi, dua lagi sesi pemilihan akan diadakan pada 4 November ini di Stadium Jugra, Banting dan Padang Yayasan FAS di Kelana Jaya juga bermula 8.30 pagi.
Hamdan mempelawa kepada pemain remaja yang berminat mewakili skuad Piala Presiden musim 2007/2008 untuk menjalani ujian pemilihan.
KOM mahu jumpa menteri
Azammuddin selamatkan Pahang
T-Team rebah di kaki JDT
Sarawak kukuh teraju liga
Main guna otak - Rashid
Sepanduk '5-0' Ultras KL cetus tanda tanya
Hasrat bida hos Piala Dunia 2034 dibincang teliti - Khairy
Dollah cari formula jinakkan Lions
Thailand minat anjur Piala Dunia bersama Malaysia
Hilang tonggak punca tersingkir
6 pasukan dari 3 negara sertai Piala Futsal Red Bull
Pengalaman enam import mampu julang KLHC
China jadi pilihan
Kriket: Tiada masalah bagi UKM ke separuh akhir
'Kaki peraduan' menang Chevrolet Captiva
'Amanah cukup berat'
MSN, MOM sambut baik pelantikan Khairy
Selangor 'lemas' di Maldives
Jamin tiada rombakan beregu
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










