VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 04/10/2007

TD juara tilawah ATM


Lt. Salha Syakila Alang (dari kiri), Bintara Muda Kamaluddin Arum dan Zaitun Nik yang masing-masing memenangi tilawah Al-Quran peringkat Angkatan Tentera Malaysia.


Ramadan tahun ini terus diisi dengan pelbagai program terutamanya dengan penghayatan keagamaan dengan tujuan menambahkan amal ibadat sepanjang bulan mulia ini.

Terbaru, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan Majlis Tilawah al-Quran peringkat Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat).

Bertemakan ‘Insan Cemerlang Ummah Terbilang’, majlis ini kali ke-58 ini disertai oleh sembilan peserta dari ketiga-tiga perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Tiga kategori dipertandingkan ialah Kategori Pegawai, Kategori Qari dan Kategori Qariah.

Objektif majlis tilawah ini adalah untuk memartabatkan ketinggian dan kemuliaan al-Quran dalam melahirkan anggota tentera yang bertakwa, berakhlak mulia dan mampu menghadapi cabaran dalam era globalisasi.

Dalam masa yang sama ia dapat menggalakkan pegawai dan anggota tentera agar dapat mempelajari, menghayati dan beramal berlandaskan lunas-lunas yang telah digariskan oleh al-Quran.

Dalam masa yang sama, ia dapat mencungkil bakat para peserta melalui bacaan ayat-ayat dan tarannum.

Majlis Tilawah Al-Quran dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Teks ucapannya dibaca oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abd. Aziz Zainal.

Dalam ucapan tersebut Timbalan Perdana Menteri berkata, majlis ini bukan sekadar satu aktiviti tahunan sahaja malah, ia bermatlamat untuk membangkitkan kesedaran di kalangan warga ATM dalam mengamalkan intipati ajaran Al-Quran.

Najib berkata, ketidakupayaan umat Islam sendiri untuk menonjol sebagai umat berjaya berpunca dari kegagalan umat Islam sendiri yang tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar.

Pada majlis itu, Leftenan Salhah Syakila Alang Hashim dari 4 Kor Ordnans Diraja diumumkan sebagai johan kategori pegawai.

Johan qari pula disandang Bintara Muda Kamaluddin Arum dari Markas Wilayah Laut 2 dan Zaitun Nik dari Markas 11 Briged meraih tempat pertama bagi kategori qariah.

Menurut Salhah Syakila, beliau gembira apabila diumumkan sebagai johan kategori tersebut.

Beliau berkata, ini merupakan kali pertama menyertai majlis tilawah ini dan tidak menyangka percubaan tersebut membuahkan hasil yang tidak diduga.

“Saya berasa bersyukur apabila diumumkan sebagai johan dalam kategori ini walaupun saingan memang amat sengit sekali memandangkan saya peserta tunggal wanita,” katanya.

Johan qari kategori lelaki, Kamaluddin Arum berkata, rajin merujuk dengan guru dalam memperbaiki mutu bacaan antara rahsia kejayaannya itu.

“Saya sering kali merujuk kepada pakar-pakar dalam tarannum, tajwid untuk memperbaiki mutu bacaan saya,” kata Kamaluddin.

Johan qariah, Zaitun pula menyatakan latihan berterusan dan mengikuti pantang larang adalah kunci utama kejayaannya.

“Memang tidak dapat dinafikan selain dari latihan yang berterusan, soal pemakanan dan pantang larang juga harus diambil kira untuk memperbaiki bacaan,” katanya.

Kesemua pemenang menerima wang tunai RM2,000, cenderahati, sijil dan piala pusingan.

Sementara itu, TDM dinobatkan sebagai johan keseluruhan tilawah kali ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.