VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 Jun 2013 / 11 Syaaban 1434  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 27/09/2007

Denda hilang kad pengenalan naik 10 kali ganda

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Orang ramai yang kehilangan kad pengenalan kali pertama akan didenda 10 kali ganda lebih tinggi daripada bayaran asal apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menguatkuasakan kadar baru denda bermula 1 Oktober depan.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohd. Abdul Halim Muhammad berkata, denda kehilangan kali pertama yang meningkat daripada RM10 kepada RM100 itu tidak termasuk bayaran permohonan sebanyak RM10 yang masih dikekalkan.

Menurut beliau, bayaran memproses sebanyak RM10 yang sebelum ini dikenakan bagi semua kehilangan kad pengenalan dibatalkan.

Ini bermakna jumlah bayaran yang dikenakan bagi kehilangan kali pertama ialah RM110 berbanding RM30 sebelum ini iaitu setiap RM10 bagi bayaran denda, permohonan gantian dan pemprosesan.

Katanya, kes kehilangan kali kedua yang sebelum ini dikenakan denda RM50 akan dinaikkan kepada RM210 (denda RM200 dan permohonan gantian RM10) manakala denda hilang kali ketiga dan seterusnya adalah sebanyak RM310 (denda RM300 dan permohonan gantian RM10) berbanding RM70.

‘‘Peningkatan kadar bayaran itu merupakan langkah ke arah membendung masalah kehilangan kad pengenalan.

‘‘Kadar bayaran baru itu terpakai kepada semua warganegara dan bukan warganegara melibatkan pindaan kepada Jadual Keenam, Peraturan 19(1) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990,’’ ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 05:42
Zohor 1:18
Asar 4:43
Maghrib 7:27
Isyak 8:42
 
 



 
IKLAN@UTUSAN
BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Arkib Jom Chat
Koleksi Jom Chat Bersama...
Arkib Laporan Langsung
Koleksi Laporan Langsung
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.