ARKIB : 19/09/2007
Kes Subashini: Mahkamah Syariah tiada kuasa
PUTRAJAYA 18 Sept. – Isu pembubaran perkahwinan sivil yang diikrarkan di bawah Akta Pembaharuan Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) tidak boleh dibawa ke Mahkamah Syariah walaupun salah seorang pasangan suami isteri itu telah memeluk agama Islam.
Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili seorang wanita Hindu, Subashini Rajasingam, berhujah ini kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan kes-kes sedemikian.
Katanya, Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa mendengar dan memutuskan kes-kes perkahwinan, perceraian dan sebagainya yang membabitkan pasangan suami isteri beragama Islam seperti yang ditakrifkan dalam undang-undang dan perlembagaan negara.
‘‘Dalam kes ini, Mahkamah Syariah tidak boleh mempunyai bidang kuasa memandangkan pihak isteri bukan seorang penganut Islam dan tidak boleh hadir sebagai pihak di Mahkamah Syariah,” hujahnya.
Malik Imtiaz mewakili Subashini yang merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuannya untuk mengekalkan perintah injunksi bagi menghalang suaminya, Saravanan Thangathoray daripada mengislamkan dua anak lelaki mereka, Dharvin Joshua, 4, dan Sharvind, 2.
Subashini, 29, dari Seremban, Negeri Sembilan, merayu untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) yang membatalkan perintah injunksi ex-parte (sebelah pihak) yang diberikan kepada suri rumah itu sebelumnya oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Aziah Ali.
Mahkamah Tinggi itu memutuskan demikian ketika membenarkan permohonan Saravanan, 32, atau nama Islamnya Muhammad Shafi Saravanan Abdullah (responden) yang memohon untuk mengetepikan perintah injunksi ex-parte yang diperoleh isterinya pada 11 Ogos tahun lalu.
Subashini yang masih beragama Hindu mahu mendapatkan perintah menghalang Saravanan daripada mengislamkan anak kedua mereka, Sharvind.
Pada 13 Mac lalu, Mahkamah Rayuan membuat keputusan majoriti 2-1 menolak dengan kos rayuan Subashini untuk mengekalkan perintah injunksi ex-parte bagi menghalang dua anak lelakinya yang masih bawah umur daripada diislamkan oleh Saravanan.
Pada 23 Mei 2006, Saravanan mendapat perintah ex-parte daripada Mahkamah Tinggi Syariah berhubung hak jagaan sementara Dharvin Joshua yang bersama-samanya memeluk Islam pada 18 Mei tahun lalu dengan menukar nama kepada Muhammad Shazrul Dharvin.
Rayuan di hadapan panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Datuk Nik Hashim Nik Ab. Rahman bersama Datuk Abdul Aziz Mohamed dan Datuk Azmel Maamor bersambung esok.
Bapa dijel 10 tahun, 5 sebatan rogol anak tiri
Dera amah: Pasangan suami isteri dipenjara 15 tahun
Pelakon dakwa cedera ditolak
Jurutera didakwa bunuh isteri
Kes Yazid, Muhammad Hilmi dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Mahkamah tolak kes saman Sani United terhadap Utusan
Yazid Sufaat, rakan dibicara di Mahkamah Tinggi
Peguam didakwa menipu RM2.3 juta
Jurutera didakwa bunuh isteri
Tak mengaku tikam adik ipar
Pukul lelaki hingga retak bahagian rusuk, dua sahabat dipenjara 40 bulan
Anggota Rela rasuah dijel setahun
Sekolah Tamil: 2 peguam tarik balik saman kepada PM, TPM
Dua rakyat Iran direman sementara tunggu rayuan
Rasuah: Anggota Rela dipenjara, denda RM20,000
Prosiding siasatan RCI Sabah disambung
Mahkamah Tinggi Johor Bahru putuskan kes Dirang 28 Jun
Wanita hadapi 489 tuduhan pecah amanah RM600,000
Eksekutif hina Sultan Johor diarah bela diri
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










