Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 16/09/2007
PPN, Gerakan anjur pameran merdeka

PPN, Gerakan anjur pameran merdeka

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Persatuan Pemuda Negara (PPN) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia dengan kerjasama Muzium Negara mengadakan ‘Pameran Merdeka-Kita Anak Malaysia’ di pusat membeli-belah Berjaya Times Square, di sini mulai semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pameran, Stephen Doss berkata, pameran itu mengisahkan perjalanan negara selama 50 tahun selepas mencapai kemerdekaan.

‘‘Pameran ini melibatkan 14 panel persembahan yang merupakan unjuran 14 jalur pada Jalur Gemilang yang digantung dari atas bumbung kompleks membeli-belah itu.

‘‘Selain itu, saiz Jalur Gemilang sengaja ditetapkan pada ukuran 15.24 meter x 15.24 meter (ataupun 50 kaki x 50 kaki). Ia adalah simbol 50 tahun kemerdekaan negara ini,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dijadual merasmikan pameran itu di Centre Concourse, Lower Ground, Berjaya Times Square, esok pada pukul 4 petang.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN