Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 12/09/2007
Rusuhan: Adik 2 lelaki kena tembakan buat laporan polis

Rusuhan: Adik 2 lelaki kena tembakan buat laporan polis

KUALA TERENGGANU 11 Sept. – Polis mengesahkan menerima laporan mengenai dua lelaki yang cedera terkena tembakan seorang anggotanya ketika cuba mempertahankan diri daripada diserang dalam rusuhan di Jalan Sultan Mahmud, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah 1 negeri, Supritendan Khairi Ahrasa berkata, keluarga kedua-dua lelaki terbabit membuat laporan tersebut di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu kira-kira pukul 4.15 petang dan 6.35 petang semalam.

Katanya, laporan itu dibuat oleh adik kedua-dua lelaki berkenaan yang berumur 36 dan 19 tahun dan akan disiasat bersama-sama laporan lain berhubung kejadian rusuhan pada malam tersebut.

“Laporan berhubung kejadian tembakan berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Khairi menambah, pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan sebelum dihantar kepada Timbalan Pendakwaraya bagi tujuan pendakwaan.

“Siasatan masih dijalankan dan kami tidak tahu berapa lama kertas siasatan dapat dilengkapkan,” katanya.

Dalam kejadian malam Sabtu lalu, perusuh dipercayai penyokong parti pembangkang merusuh selama kira-kira lima jam di Jalan Sultan Mahmud di sini sehingga menyebabkan kerugian harta benda awam mencecah RM500,000.

Dua lelaki yang berumur 21 dan 38 tahun cedera di leher dan bahu akibat ditembak oleh seorang anggota polis yang cuba mempertahankan diri selepas diserang oleh sekumpulan lelaki.

Seorang anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Azmi Hussein, 29, juga luka di tangan akibat terkena kaca dalam rusuhan tersebut.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN