ARKIB : 02/09/2007
200,000 kunjungi Festival Floria
PUTRAJAYA 1 Sept. – Lebih 200,000 orang mengunjungi Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria) yang diadakan di sini sekali gus melayakkannya mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records.
Dengan pengiktirafan itu, ia merupakan satu petanda yang baik bahawa semua program yang dijalankan di Putrajaya mendapat sambutan dan perhatian orang ramai termasuk pelancong.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique berkata, dengan sambutan itu, beliau mencadangkan supaya Festival Floria diadakan dua tahun sekali.
Beliau berkata, langkah itu bertujuan meletakkan Putrajaya di peta antarabangsa dalam acara bunga-bungaan dan festival florikultur yang unik serta unggul.
“Festival Floria edisi pertama ini telah menarik 308 pengusaha dan syarikat industri bunga-bungaan dari dalam dan luar negara termasuk United Kingdom, Australia, India, Macau, Indonesia, Hong Kong, Jepun, Singapura dan Taiwan,” katanya ketika berucap pada majlis penghargaan Floria Putrajaya di sini, hari ini.
Hadir sama ialah Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsuddin Osman.
Festival bertemakan Senandung Pelangi itu dianjurkan bersama Kementerian Wilayah Persekutuan serta Perbadanan Putrajaya.
Zulhasnan berkata, satu usahasama untuk membangunkan industri florikultur telah diadakan dengan Sygenta, sebuah syarikat dari Belanda, MARDitech Malaysia dan Syarikat Brightmark Sdn. Bhd.
Katanya, kerjasama itu membabitkan kajian terhadap kaedah penanaman dan penuaian bunga-bungaan khususnya di tanah rendah dan iklim tropika.
Wajah sedih peniaga segar dalam ingatan
Batal percutian, bergegas pulang
‘Mujur tutup kedai awal’
Bagaikan babak filem The Towering Inferno
Putera Minangkabau tuntut hak
Tangga jadi strategi keselamatan
Arkitek baru kagum seni bina lama
Peristiwa aneh di kamar istana lama
Saksi kehebatan pemerintah Melayu
Dua 'permata' yang terus lenyap
Popular kerana sajian enak mi udang
Industri tertua Kuala Sepetang
Menjejak ikan lumba-lumba di muara
Pencetus projek rumah pangsa
Rumah pangsa simbol negara membangun
Memori berpindah ke 'sarang merpati'
Razak Mansion dalam dunia tersendiri
'Harta' yang ditinggalkan
Industri bijih timah janji pulangan lumayan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









