VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 20/08/2007

Gaya hidup tokoh tersohor di Astro

GAYA hidup 12 tokoh tersohor negara yang berlainan latar belakang dan bidang akan dipaparkan dalam satu program terbaru siaran Astro Ria.

Program yang diberi nama Citarasa Tokoh itu mula bersiaran hari ini pukul 9.30 malam.

Tokoh-tokoh terpilih terdiri daripada bekas pemimpin negara, pelawak, pelakon, ahli politik, ahli perniagaan, ilmuan dan ahli sukan.

Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah berkata, program itu ditayangkan pada bulan Ogos mengambil sempena bulan kemerdekaan bagi mencetuskan semangat patriotik di kalangan penonton.

“Ia juga sebagai penghargaan kepada tokoh-tokoh di atas jasa dan bakti mereka yang dicurahkan dalam bidang masing-masing,” katanya.

Program 30 minit yang memuatkan 12 episod itu bakal menampilkan pelakon dan pengacara, Maznah Zolkifli sebagai pengacara dan akan ditayangkan setiap Isnin.

Citarasa Tokoh mengupas tentang kehidupan diluar bidang kerja tokoh terlibat termasuklah tentang latar belakang keluarga, hobi di masa lapang, makanan dan minuman kegemaran, kisah silam dan impian mereka.

Selain itu, penonton turut berpeluang mengetahui cara dan teknik berguna tentang penjagaan kesihatan dari tokoh-tokoh berkenaan.

Antara gaya hidup tokoh-tokoh yang akan dipaparkan termasuklah Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Aishah Ghani, Tan Sri Ahmad Sarji Adb. Hamid, Datuk Maznah Hamid, Datuk A. Samad Said, Datuk Aziz Sattar dan Datuk Jamali Shadat.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.