VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 30/07/2007

Kayangan The Soundtrack - Tampil variasi muzik segar

Industri perfileman di Hollywood dan Bollywood begitu meriah dengan kelahiran album runut bunyi setiap kali sesebuah filem ditayangkan. Album-album seperti ini sering mencatatkan penjualan yang begitu membanggakan.

Sebagai contoh, album runut bunyi The Sound Of Music (1965) mencatatkan jumlah penjualan 20 juta unit di seluruh dunia manakala The Bodyguard (1992) dan Titanic (1997) masing-masing terjual 30 juta unit di seluruh dunia.

Di Malaysia pula, filem yang mempunyai album runut bunyi yang menampilkan keseluruhannya lagu-lagu baru adalah Hapuslah Airmatamu (1973) dan Silat Lagenda (1998).

Kini, filem Kayangan keluaran Raden Pictures Sdn. Bhd., menjejaki langkah kedua-dua filem itu apabila album runut bunyinya, Kayangan The Soundtrack (KTS) berada di pasaran meskipun filem lakonan Nur Fazura dan pelakon terkenal Indonesia, Teuku Zacky Azwar itu hanya akan ditayangkan pada 9 Ogos nanti.

Istimewanya album ini kerana menampilkan 10 buah lagu baru yang dicipta khusus oleh komposer dan penyanyi kreatif, Mohd. Faizal Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai.

Kelahiran album KTS ini harus diberi pujian dan sekalung tahniah kepada penerbit filem ini iaitu Datuk Seri Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar bersama isteri tercinta, Datuk Seri Tunku Mimi Wahida Wahman yang begitu berani mengambil risiko menerbitkan album ini bersama Ajai di kala pasaran album tidak begitu meyakinkan.

KTS memberikan satu kelainan apabila ia menampilkan artis-artis ternama tanah air merakamkan 10 karya Ajai.

Penyanyi yang terlibat dalam album ini adalah Datuk Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Sarah Raisuddin, Zahid dan Farah AF2, Shazzy, Syed Azmir dan Sad Angry Babies (S.A.B). Malah, Ajai juga turut menyanyikan sebuah lagu solo dan berduet bersama Tunku Mimi Wahida Wahman menerusi lagu tema filem ini iaitu Kayangan dalam dua versi berbeza.

Antara lagu yang bisa menarik perhatian peminat dan pendengar adalah lagu nyanyian Siti Nurhaliza yang diberi judul Menanti Pasti. Tidak salah jika dikatakan, Menanti Pasti merupakan gandingan terbaik Ajai dan Siti Nur haliza selepas Kau Kekasihku, Percayalah dan Sebenar Cinta.

Menanti Pasti yang berlandaskan muzik waltz itu sememangnya memberikan satu kelainan kepada komposisi Ajai dan juga menyerlahkan vokal Siti yang mampu membuatkan penonton terbuai dan terleka. Ditambah pula, dengan lirik ciptaan Abie Abdullah, Menanti Pasti umpama sebuah cerita dongeng yang dilihat menepati jalan cerita Kayangan.

“Untuk menyanyikan lagu Menanti Pasti ini bukan senang kerana ia memerlukan penghayatan yang mendalam. Ternyata percaturan saya memilih Siti menyanyikan lagu ini tidak silap kerana dia berjaya melakukannya dengan sempurna meskipun pada waktu rakaman, Siti mengalami masalah sakit tekak. Itu bukan halangan baginya dan dia melunaskan tanggungjawab itu hanya dalam 20 minit sahaja,” kata Ajai sambil menjelaskan Menanti Pasti akan dijadikan single pertama di Indonesia apabila Kayangan ditayangkan di sana kelak.

Lagu Ungkapan Terindah nyanyian Ning Baizura pula sememangnya sebuah lagu balada yang indah dan jika peminat mendengar Ning melagukan karya Ajai dan Loloq ini, pasti ramai tidak percaya mendengarkan vokal Ning yang begitu berbeza berbanding sebelum ini.

Kata Ajai, dia sengaja mahukan Ning menyanyi dengan vokal yang biasa tanpa menggunakan teknik soprano atau falsetto.

“Ning berjaya melakukan yang terbaik dengan menggunakan vokal asalnya. Saya sukakan caranya melagukan vokalnya itu dan dia berjaya menghidupkan lagu Ungkapan Terindah,” jelas Ajai yang menghimpunkan artis-artis yang pernah menggunakan khidmatnya dalam album itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.