VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Julai 2014 / 24 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 22/07/2007

Tuala wanita: 200 pelajar direndam dalam kolam kotor


WARDEN asrama (kanan berpayung) mengawal sebahagian daripada pelajar SMK Bawang Assan yang dipaksa berendam dalam kolam sekolah di Sibu, Sarawak, Rabu lalu.


SIBU 21 Julai – Belum pun kejadian 22 murid ditampar guru besar di Tuaran, Sabah selesai, satu lagi kes sekolah mengenakan hukuman melampau terhadap pelajar dilaporkan berlaku.

Kali ini ia berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan dekat sini pada Rabu lalu apabila hampir 200 pelajar dipaksa berendam di dalam sebuah kolam sekolah yang kotor.

Kejadian itu didedahkan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, Jimmy Kiu yang menyaksikan sendiri kejadian itu.

Katanya, pelajar asrama itu dipaksa oleh warden supaya berendam selama lebih kurang satu jam dalam kolam itu ketika hujan lebat selepas salah seorang pelajar membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas sekolah.

Katanya, warden asrama itu berang dan mengarahkan pelajar perempuan tingkatan satu hingga lima itu masuk ke dalam kolam sedalam kira-kira 0.6 meter selepas tiada pelajar yang mengaku melakukan perbuatan itu.

Di KOTA KINABALU, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika diminta mengulas kejadian itu berkata, pihaknya bersikap terbuka dalam menerima laporan masalah disiplin melibatkan warga sekolah sama ada murid, guru atau pentadbir.

Menurut beliau, kementerian itu juga mempunyai jawatankuasa khas yang bertindak memantau masalah disiplin yang diketuai Timbalannya, Datuk Noh Omar.

“Di setiap peringkat sama ada murid, guru, ustaz, ustazah serta pegawai, ada yang baik dan ada yang tidak baik tetapi mereka yang tidak bertanggungjawab hanya segelintir.

“Daripada 320,000 guru bukan semua malaikat dan segelintir itu perlu diambil tindakan. Tiada orang boleh melakukan sesuka hati di sekolah,” katanya.

Hishammuddin berkata, pendekatan kementerian sekarang ialah mendidik guru-guru baru agar dapat mengawal emosi mereka supaya kejadian mendera pelajar dapat dielakkan.

Menceritakan lebih lanjut kejadian itu, Jimmy berkata, hukuman yang dikatakan bermula pada pukul 4 petang itu berakhir satu jam kemudian selepas warden itu menyedari ada orang awam merakam gambar kejadian itu.

Selepas mengarahkan pelajar perempuan keluar dari kolam, kata Jimmy, warden itu memberi amaran kepada pelajar supaya tidak menceritakan kejadian kepada sesiapa atau menghadapi hukuman lebih berat.

Beliau yang sempat merakam gambar kejadian itu berkata, warden berkenaan sepatutnya memikirkan soal keselamatan pelajar kerana ketika itu hari hujan dan ada petir.

‘‘Selain itu, air kolam di situ juga kotor kerana bercampur dengan sisa makanan dan air kotor yang dibuang dari kantin sekolah.

‘‘Saya mendedahkan perkara ini kerana saya tidak mahu pihak sekolah menutup kes ini, lagipun sebelum ini ramai pelajar yang bertukar sekolah kerana kekasaran guru yang sama,” katanya kepada pemberita di sini.

Akibat kejadian itu, katanya, beberapa pelajar mengalami gatal-gatal, ruam dan ada yang demam.

Sehubungan itu, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan ibu bapa untuk membincangkan tindakan sewajarnya.

Katanya, beliau telah menghubungi dan meminta pihak polis dan Jabatan Pelajaran di sini menyiasat kejadian yang menimpa pelajar dari kawasan Sungai Pasin, Batang Lassa, Nanga Singat, Sungai Lengang, Sungai Belangan dan Tanjung Bekakap itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.