ARKIB : 09/07/2007
Kuan Yew didesak tarik balik kenyataan
JOHOR BAHRU 8 Julai – Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru hari ini meluluskan usul tergempar mendesak Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew menarik balik kenyataannya yang membawa maksud terdapat gerakan dalam UMNO Johor yang berniat menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Ketuanya, Khalid Mohamad berkata, seramai 240 perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru sebulat suara meluluskan usul itu dalam mesyuarat perwakilan bahagian tersebut di sini.
‘‘Perwakilan turut menyatakan sokongan padu kepada pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNOi.
‘‘Pemuda UMNO Johor Bahru dijangka menghantar memorandum bantahan kepada pejabat Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dalam waktu terdekat ini sebagai susulan kepada usul tergempar yang diluluskan hari ini,” kata Khalid kepada pemberita di sini.
Kuan Yew dalam satu kenyataan yang disiarkan akhbar Berita Harian Singapura akhir bulan lalu membayangkan UMNO Johor mempunyai persamaan dengan parti pembangkang Pas iaitu bermatlamat untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
Bayangan berkenaan dibuat kerana pemimpin kanan Singapura itu percaya terdapat bantahan daripada UMNO Johor untuk menerima pelabur dari Singapura menyertai program pelaburan di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di negeri ini.
Kenyataan Kuan Yew itu membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan perwakilan Pemuda UMNO Johor Bahru hari ini sehingga memaksa usul tergempar berkenaan dikemukakan dalam mesyuarat tersebut.
WPI yang mempunyai keluasan 2,217 kilometer persegi di Johor Selatan merupakan projek utama kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang disifatkan oleh banyak pemerhati sebagai pelengkap kepada jiran serba modennya Singapura, sebagaimana wilayah Shenzhen di China melengkapi Hong Kong.
Terdahulu ketika berucap pada persidangan perwakilan Pemuda UMNO Johor Bahru, Khalid mencadangkan kerajaan atau agensi pelaksana WPI menubuhkan ‘Lingkaran Melayu’ di WPI yang meliputi beberapa kawasan utama orang Melayu di Johor Bahru seperti Kampung Bakar Batu, Kampung Melayu Majidee, Kampung Pasir dan Kampung Sulaiman Menteri.
Bajet 2014 dibentang 25 Oktober - PM
KDN bantu kekang fahaman Syiah
Titah Sultan Mizan perlu dijadikan panduan
Isu tudung boleh gugat perpaduan rakyat
Haram halang pakai tudung
Malaysia fokus pembangunan kandungan
Wujudkan dasar dakwah kebangsaan
'Kenaikan 30% adalah mustahil'
'Sultan Sulu' tiada hak terhadap Sabah - Musa Aman
Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri rasmi kampus baharu MSU
MyCC diarah siasat PMBOA di bawah Akta Persaingan
Penyalahgunaan ICT dipantau
Keluarga mangsa hargai operasi mencari
25,000 kontraktor kecil bumiputera diberi keutamaan
Menteri 4 negara bincang isu jerebu
Skuad khas tangani jenayah, vandalisme
LIA2 siap 30 April 2014
Polis, SKMM bincang tindakan hina Nabi
RM10 juta naik taraf laluan motosikal Lebuh Raya Persekutuan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










