VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 08/07/2007

Adi Putra duduki UPSR jika dibenar tahun ini

KUALA LUMPUR 7 Julai – Kanak-kanak pintar matematik, Adi Putra Abd. Ghani, 8, hanya akan mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sekiranya dibenarkan untuk mendudukinya pada tahun ini.

Bapanya, Abd. Ghani Abd. Wahid, 49, berkata, anaknya perlu mengambil peperiksaan tersebut pada tahun ini memandangkan pemikirannya jauh berbeza berbanding kanak-kanak lain.

Beliau berpendapat sekiranya Adi Putra perlu menunggu sehingga berusia 12 tahun baru boleh mengambil UPSR, ia akan menjadi satu penyeksaan kepada anaknya kerana terpaksa membuang masa selama empat tahun untuk menduduki peperiksaan itu.

“Kalau nak suruh Adi Putra mengambil UPSR, bolehkah dia dibenarkan mengambilnya pada waktu sekarang?

“Kepintaran Adi diibaratkan kereta Ferrari, jika tidak terus dipandu, ia akan jadi sama seperti kereta lain.

“Kalau nak tunggu sampai empat tahun, mungkin kelajuannya akan tersangkut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, semalam, bahawa Adi Putra perlu melalui peperiksaan wajib sekiranya mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.