VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 03/07/2007

Hati-hati mengambil makanan tambahan

KESIHATAN dan kecantikan adalah dua perkara yang saling berkait rapat. Ia mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam menentukan kesejahteraan hidup setiap orang.

Justeru, setiap daripada kita harus mengambil berat terhadap kedua-duanya bagi menjamin kesejahteraan.

Sesuai dengan gaya hidup masyarakat masa kini yang sentiasa sibuk, makanan tambahan amat diperlukan dalam mempertingkatkan kualiti kehidupan.

Kajian di Amerika Syarikat selama 38 tahun menunjukkan keperluan makanan tambahan termasuk ketiadaan pengambilan vitamin didapati antara penyebab penyakit kronik.

Kesimpulan kajian itu dibuat berdasarkan fakta bahawa lebih daripada 80 peratus rakyat Amerika gagal mengambil keperluan harian buah-buahan dan sayur-sayuran yang membekalkan mikro nutrien yang penting.

Dalam konteks ini, ramai yang beranggapan bahawa penyakit jantung adalah penyakit akibat penuaan usia.

Sebenarnya, amalan diet dan gaya hidup boleh menyebabkan perkembangan awal bermulanya penyakit jantung dan penyakit kronik lain.

Dalam era siber ini, kesibukan dengan tugasan harian menyekang kita untuk menyempurnakan amalan kesihatan dengan baik.

Misalnya, di Amerika Syarikat sama seperti negara-negara lain, makanan segera seperti makanan bergoreng dan pengambilan minuman ringan yang mengandungi gula tinggi menjadi sebahagian daripada amalan diet harian.

Realitinya, rutin diet ini tidak berkesan untuk mencegah penghasilan tenaga kalori berlebihan dan penyakit kronik.

Menurut Ahli Biokimia dari Kanada, Lyle McWilliam, makanan tambahan adalah keperluan seperti insurans kesihatan peribadi yang akan melambatkan proses penuaan.

“Kepentingan makanan tambahan adalah untuk mengekalkan mutu kesihatan dan bukannya berguna ketika seseorang itu jatuh sakit semata-mata.

“Walaupun penuaan dan penyakit akan ditempuhi oleh setiap orang, tetapi kita boleh mengambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan terus stabil melalui pengambilan makanan tambahan,” ujarnya dalam majlis pelancaran buku, Comprative Guide to Nutritional Supplements di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis tersebut merupakan anjuran syarikat yang membangun dan mengeluarkan makanan tambahan berkhasiat di Amerika Syarikat, Usana Health Sciens.

Jenama

Lyle menambah, orang ramai tentu sukar memilih jenama makanan tambahan yang boleh dipercayai ekoran lambakan pelbagai jenis makanan tambahan di pasaran.

“Anda perlu tahu bahawa semua khasiat makanan tambahan tidak sama dan perlu mengambil kira beberapa faktor penting produk tersebut sebelum membelinya.

“Dalam buku ini, saya telah membandingkan lebih 1,500 produk kesihatan di Amerika Utara dan mengasingkannya mengikut ciri komprehensif, kriteria tangga kedudukan dan produk saintifik.

“Selain itu, pembaca juga dapat mengetahui bagaimana proses dikilangkan yang turut sama dibandingkan,” ujarnya.

Lyle memberitahu, antara kriteria yang perlu diambil kira ialah pastikan sama ada produk berkenaan mengandungi spektrum penuh nutrien dan keupayaannya menyerap rumusan bio yang dibolehkan.

Selain itu, pengguna juga perlu mengetahui tahap potensi optimum bagi keberkesanannya sebagai makanan tambahan.

“Faktor keaslian farmaseutikal dan tahap keselamatan iaitu tiada Vitamin A atau besi yang kandungan nutrien mengatasi di bawah paras dibenarkan dan tanpa pemerhatian perlu diperiksa terlebih dahulu.

“Jika perkara-perkara ini dipandang ringan, ia berkemungkinan memberi kesan sampingan.

“Di samping itu, perlu diketahui ada 13 campuran organik dan 19 mineral diperlukan untuk kesihatan yang optimum.

“Tetapi badan kita tidak boleh menghasilkan semuanya dan di sinilah makanan tambahan memainkan peranannya,” jelasnya.

Katanya, kebanyakan nutrien dihasilkan oleh tubuh dan habis mengikut peningkatan usia.

“Misalnya, konzyme Q10 dan asid alpha-lipoic serta sistem enzim antioksida akan susut mengikut usia,” ujarnya.

Lyle menjelaskan, makanan kesihatan tambahan lengkap akan mengandungi semua vitamin dan mineral penting yang bertindak mengurangkan percepatan proses penuaan dan serangan penyakit kronik. Ujarnya, bagi mengenal pasti makanan tambahan yang bermutu, ia akan hancur apabila ditelan.

“Banyak yang tidak larut dengan betul dalam proses penghadaman dan ada produk murah yang mengandungi garam mineral serta tidak boleh diserap dengan baik.

“Makanan tambahan yang bermutu baik, tidak seharusnya mengandungi besi dan tahap vitamin A berlebihan dan nutrien lain,” jelasnya.

Katanya lagi, umumnya 18 kriteria penting digunakan dalam menganalisis produk makanan tambahan termasuk siap sepenuhnya, potensi, pembentukan mineral, kesihatan hati, kesihatan metabolik, potensi toksik, kesihatan penglihatan, kawalan radang sokongan antioksidan dan kesihatan tulang.

INFO

* Pentadbiran Makanan dan Ubat- Ubatan Amerika Syarikat (AS) mendefinisikan makanan tambahan berdasarkan Akta Kesihatan dan Pendidikan Makanan Tambahan 1994 sebagai produk yang dimakan dan mengandungi makanan tambahan.

* Bahan-bahan makanan yang dimaksudkan termasuklah tumbuhan serta asid amino, vitamin, garam galian dan herba.

* Ia juga gantian seperti enzim, tisu-tisu organ, glandular dan metabolit.

* Makanan tambahan ini juga boleh jadi ekstrak atau pekatan yang boleh didapati dalam bentuk tablet, kapsul, gel lembut, kapsul lembut, cecair atau serbuk.

Kesan sampingan

Dua bahaya utama pengambilan makanan tambahan apabila ramai yang cuba mendiagnos diri mereka seolah-olah makanan tambahan sebagai satu keperluan bagi diri mereka ialah:

* Tindak balas alahan seperti hipersensitif,

* Dos bcerlebihan - seperti hipervitaminosis iaitu pengambilan vitamin secara berlebihan yang boleh mengakibatkan gangguan pada sistem penghadaman.

Lima jenis bahan gantian yang boleh menyebabkan kerosakan kekal jika diambil dalam dos yang banyak dan tinggi seperti:

* Asid nikotin - dikaitkan dengan kerosakan sel.

* Fosforus - boleh merosakkan organ- organ dan tisu.

* Zink - boleh merosakkan sistem pertahanan tubuh.

* Kromium pikonulat - boleh menyebabkan kanser.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.