|
KUALA LUMPUR 21 Jun – Harga runcit ayam daging tanpa kaki, kepala dan mempedal (super) di seluruh negara dinaikkan 65 sen sekilogram mulai esok.
Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) mengumumkan, harga ayam super kini dijual RM6.70 sekilogram berbanding RM6.05 sebelum ini.
Pengerusi,Unit Ayam Pedaging FLFAM, Kwei Yew Tong berkata, harga baru itu ditentukan berasaskan faktor permintaan dan bekalan semasa.
Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, harga runcit bagi ayam berserta kaki, kepala dan hempedal (standard) pula RM6 sekilogram berbanding RM5.40 sebelum ini.
IKLAN@UTUSAN
|