Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
HIBURAN

ARKIB : 04/06/2007
Karaoke 50 jam tanpa henti

Karaoke 50 jam tanpa henti

Kementerian Pelancongan Malaysia menganjurkan Majlis Citrarasa 2007 mulai 8 Jun ini di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

Berbagai aktiviti diaturkan termasuk persembahan kesenian, pertunjukan bunga api dan persembahan artis popular. Menganggarkan lebih 100,000 orang akan mengunjungi majlis itu, pihak penganjur turut menyediakan gerai-gerai jualan makanan.

Menurut Ketua Unit Acara Kementerian Pelancongan Malaysia, Datin Zaiton Mohd. Ali, “Kami juga merancangkan aktiviti berkaraoke selama 50 jam sepanjang tiga hari tanpa henti. Ia akan bermula pada 8 Jun pukul 3 petang dan berakhir pada 10 Jun.

“Kalau program ini berjaya dilaksanakan, ia akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai program karaoke terlama,” kata Zaiton.

Untuk itu, katanya pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan orang ramai. Mereka yang berminat menjayakan program tersebut boleh hubungi Romli Bidin di talian 017-3101288.

Selain itu, pertandingan karaoke yang menjanjikan hadiah lumayan juga diadakan pada majlis yang sama. Untuk menyertainya, khalayak boleh hubungi Inet di talian 019-2484545.

Sementara itu, bagi pengunjung yang ingin menyaksikan penampilan artis popular, satu persembahan nyanyian akan diadakan pada 9 Jun pukul 8 malam di tempat yang sama.

Gandingan penyanyi-penyanyi lama dan baru pada malam itu dijangka akan dapat mencipta kenangan indah kepada pengunjung Majlis Citrarasa 2007.

Kumpulan Ruffedge misalnya akan mempersembahkan lagu-lagu popularnya seperti Lemas, Da Bomb, Bila Rindu dan Secebis Kepercayaan. Sementara Sasi The Don dengan lagunya Hey General, Anbe, Giving Thanks To Jah dan Suatu Impian, Aspalela Abdullah (Pengodaan, Ibunda Tercinta, Joget Memujuk dan Bunga Hati), Amylea AF3 (Joget Sayang, Andai, If I Ain’t Got You dan Ku Berserah).

Selain itu Farhan AF3 juga akan diundang menyampaikan lagu Still got The Blues, Route 66, Aku Saja Yang Tahu dan Dia, Kelvin Lau (Shanghai Beach, Sonata Musim Salju, Kau Ilhamku dan Pencinta Wanita), J.Sham (Suratku Untukmu, Resam Dunia, Ku Akan Pulang dan Di Pinggir Kali) dan L.Ramlee (Ayahku Kahwin Lagi, Dara Pujaan, Siapa Bilang Aku Tak Sayang dan Joget Baju Kurung).

Persembahan artis pada malam itu akan diacarakan oleh pelakon kacak, Fahrin Ahmad.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN