Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 30/05/2007
Empat beranak maut terperosok bawah lori

Empat beranak maut terperosok bawah lori


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menjalankan kerja menyelamat empat mangsa yang terperangkap dalam kereta yang terperosok bawah lori dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Beaufort-Sipitang, Beaufort, Sabah, semalam.


BEAUFORT 29 Mei – Empat beranak terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 11, Jalan Beaufort-Sipitang, di sini kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Mangsa, Rokiah Palil, 47, seorang guru, dua anaknya, Wan Fauza Wan Musa, 19, dan Wan Narun, 16, serta anak saudaranya, Fahnizuddin Ramawi, 11, mati di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu, kereta mangsa dikatakan melanggar sebuah lori dari arah bertentangan dan diseret beberapa meter sebelum terjatuh ke parit di tepi jalan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Beaufort, Asisten Supritendan R. Dharmaraja berkata, keadaan jalan yang basah dan licin dipercayai menyebabkan kereta yang dipandu oleh guru berkenaan hilang kawalan lalu merempuh lori tersebut.

“Kereta mangsa terperosok ke bawah bahagian depan lori dan diseret beberapa meter sebelum jatuh ke tepi parit dan semua mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

“Ketika kejadian, kereta berkenaan datang dari arah Beaufort, manakala lori tersebut yang membawa kayu gergaji dari arah Sipitang,’’ katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Dharmaraja memberitahu, anggota Bomba dan Penyelamat Daerah Beaufort dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah lori itu.

Katanya, pihak bomba mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkan semua mangsa berikutan kereta tersebut terperosok di bawah lori.

Tambahnya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Daerah Beaufort untuk dibedah siasat, manakala pemandu lori berusia 40-an itu tidak cedera.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN