VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 22/05/2007

Abby Abadi - Terima kasih suami


ABBY ABADI bersama suami tercinta, Norman Hakim dan anak-anak.


“YA! Rumah tangga saya pernah diduga sebelum ini. Tetapi suamilah jodoh saya selamanya. Memang kadang-kadang kita menangis, kita tertanya-tanya kenapa Allah turunkan hujan.

Ke mana hilangnya matahari?. “Rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Dan pelangi itulah yang menyinari kehidupan saya kini.

Terima kasih kepada suami kerana memberi peluang saya bergelar ibu kepada Mohd. Danish Hakim dan Marisa Dania Hakim.

“Insya-Allah saya tidak akan pernah mengabaikan anugerah yang tidak ternilai harganya ini,” kata Abby mengenai kehidupannya.

Malah aktres popular itu mengakui bersama suaminya Norman Hakim, dia semakin menilai masa depan dan kehadiran dua cahaya mata comelnya telah mendewasakannya.

Suami dan anak-anak telah memberikan anjakan baru kepada kehidupannya, kata Abby yang popular dengan watak Inspektor Aliza dalam drama bersiri Gerak Khas.

Malah selepas 13 tahun mengharungi kehidupan sebagai artis, Abby mengakui kini tidak lagi mengharap peluang mendatang semata-mata sebaliknya melipat gandakan usaha mencari rezeki demi masa depan keluarga khususnya anak-anak.

“Saya akui, melihat wajah-wajah kesayangan saya dan apabila bersama suami, saya semakin menilai erti masa depan.

“Sejak lebih dua tahun lalu, pelbagai perancangan telah dibuat untuk memperkukuhkan kedudukan kami. Tidak sahaja dalam bidang seni tetapi juga perniagaan,” ujar Abby.

Justeru, katanya, penubuhan syarikatnya, Kumpulan mdh menjadi teras dalam merancang pemantapan ekonomi keluarga di samping menjamin masa depan anak-anak.

Menjalankan perniagaan di bawah payung mdh (nama pangkal setiap anak-anaknya) antaranya bidang perdagangan dan perkhidmatan seperti hiasan dalaman, pengubahsuaian, servis pembersihan, produksi, pakaian dan harta, Abby yakin, peluang terbuka di mana-mana.

“Kami menubuhkan syarikat itu selepas lahirnya Danish Hakim. Seni tetap merupakan keutamaan kami tetapi apa yang kami usahakan untuk mdh adalah untuk jangka panjang demi kesenangan bersama,” kata Abby yang kini turut sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 150 episod, Manjalara yang sedang ditayangkan di TV3 ketika ini.

Ibu jadi idola

Mengungkap tanggungjawab yang digalas sebagai seorang ibu, kata Abby, kehadiran Danish Hakim dan Dania Hakim telah memberi satu lembaran baru dalam kehidupannya.

“Menjadi seorang ibu membuka minda saya terhadap erti sebenar sebuah pengorbanan ibu kepada anaknya.

“Apalagi ibu saya, Hasnah Abu merupakan insan paling penting dalam hidup saya. Memang saya terlalu menghargai dirinya. Dan saya akui, tidak tahu bagaimana untuk menghadapi hari-hari tanpa dirinya.

“Malah sebenarnya terlalu banyak sikap ibu saya yang ada dalam diri saya. Seperti kasih sayang yang ditunjukkan kepada anak-anaknya, begitulah juga saya dengan anak-anak,” ujar Abby.

Merancang untuk mempunyai empat cahaya mata, kata Abby, anak-anak akan memberinya ‘kehidupan’ saat meniti usia.

Pun begitu, kata pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Elite itu, mereka perlu dibentuk sejak awal mengenai kepentingan hubungan kekeluargaan.

“Dengan harapan bila kita tua nanti, mereka akan terus mengingati kita dan dekat dengan kita, seperti yang ibu terapkan kepada saya,” katanya.

Tidak kisah kerjaya apa pun yang dipilih oleh anak-anaknya apabila dewasa kelak, kata Abby, yang penting dia mahu memberikan pendidikan sesempurna mungkin kepada cahaya hatinya itu.

“Kalau mereka nak jadi artis pun saya tak kisah. Tapi mereka perlu ada pendidikan,” tegasnya.

Mahu anak lagi

Sentiasa meraikan hari-hari istimewa umpamanya Hari Ibu, Abby mengakui merindui untuk hamil lagi.

Tidak pernah merancang dan dia mengharapkan menjelang tahun depan atau selewat-lewatnya 2009 bakal melahirkan anak lagi.

Malah katanya, jika boleh, menjelang usianya 35 tahun, kehidupannya sudah lengkap dengan empat anak seperti yang diimpikan.

“Keseronokan menjadi seorang ibu tidak mampu terungkap dengan kata-kata. Apalagi dengan adanya suami yang begitu mengerti dan selalu memberi perangsang dalam mengharungi kehidupan.

“Malah saya dan suami mengajar erti meraikan hari istimewa kepada anak-anak. Sebenarnya hadiah bukan keutamaan tetapi ingatan meraikan itu yang lebih penting ingin diterapkan.

“Kerana itu saya sekeluarga pasti akan mengadakan sambutan terhadap hari istimewa setiap tahun dan pastinya saya akan sambut bersama ibu dan kedua-dua belah keluarga,” kata Abby lagi.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.