|
KUALA LUMPUR 21 Mei – Pengerusi Yayasan bagi Masa Depan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar mana-mana pihak yang mengkritiknya supaya membuktikan kaitan antara yayasan itu dengan Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz.
Beliau berkata, yayasan tersebut tidak pernah berurusan dengan Bank Dunia dan tidak menerima bantuan kewangan daripada mana-mana pihak dari Amerika Syarikat (AS).
“Saya sungguh kecewa kerana perkara ini dijadikan satu propaganda kotor. AS tidak pernah memberi satu sen pun kepada yayasan ini dan kami mempunyai bukti.
“Ini semua propaganda yang menggunakan akhbar-akhbar tempatan bagi memanipulasi keadaan,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian bangunan Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut di sini hari ini.
IKLAN@UTUSAN
|