|
ARKIB : 18/05/2007 37 laman web skim cepat kaya dipantauKUALA LUMPUR 17 Mei – Pusat Keselamatan Siber Malaysia mengenal pasti 37 laman web yang dipercayai menawarkan aktiviti pelaburan skim cepat kaya melalui Internet berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai dalam tempoh dua tahun lalu. Antara laman web yang menawarkan pelaburan mencurigakan ialah www.carigold.com, www.cakapgold.com, www.jutawan.org, www.jomklik.com, www. gurumalaysia.com, www. wangcyber.com, e-bazaar2u. com dan www.bicarajutawan. com. Pemangku Pegawai Ketua Eksekutif pusat itu, Leftenan Kolonel (B) Husin Jazri berkata, orang ramai mudah tertarik dengan laman-laman web itu kerana ia kononnya menjanjikan pulangan lumayan dalam jangka masa singkat. “Laman web skim pelaburan itu mendapat sambutan ekoran sikap para pelabur sendiri yang mudah terpedaya dengan tawaran dan janji manis yang tanpa disedari sebenarnya satu penipuan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Ditanya bagaimana badan itu mengesan status sesebuah laman web itu sama ada ia mencurigakan atau tidak, Husin menjelaskan, pihaknya sentiasa membuat penyelidikan dan siasatan secara menyeluruh terhadap setiap aduan yang diterima. Ujar beliau, skim cepat kaya menerusi Internet biasanya didalangi orang tempatan namun kebanyakan laman web yang menawarkan pelaburan itu menggunakan hos di luar negara. “Orang yang ingin menipu sentiasa ada di mana-mana saja tidak kira ia dilakukan oleh rakyat tempatan atau orang asing,” ujarnya. Menurutnya, Pusat Keselamatan Siber Malaysia bekerjasama dengan kerajaan dalam menguatkuasakan undang undang yang lebih berkesan. Husin menambah, dalang skim cepat kaya Internet yang berjaya dikesan akan dihadapkan ke muka pengadilan. Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak terlalu tamak dan mudah terpedaya dengan skim-skim pelaburan di Internet. “Jangan sekali-kali melabur dalam skim cepat kaya Internet. Orang ramai perlu bekerjasama dengan Pusat Keselamatan Siber Malaysia untuk membanteras kegiatan haram ini. “Kalau betul-betul minat ingin melabur, orang ramai boleh mendapatkan pengesahan daripada pihak kami sama ada laman web berkenaan sah atau tidak sebelum membuat keputusan,” katanya. Orang ramai boleh membuat laporan berhubung laman-laman web yang mencurigakan dengan menghubungi Bahagian MyCERT di Pusat Keselamatan Siber Malaysia melalui talian 03-8992 6969 atau mengirim e-mel kepada cyber999@cybersecurity.org.my. TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Perpaduan Melayu kunci keharmonian rakyat Malaysia
TPM gesa sektor korporat tubuh yayasan bantu golongan susah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu mahu Abdul Taib kekal Pelajar kita selamat 'Aidilfitri tiada erti buat kami' Rakyat perlu fahami proses perundangan negara Pemangku Raja Kelantan tidak bida DBQ 1 Sukan sumber pertumbuhan baru negara Bukan perkara baru - Zainuddin Empat sekeluarga maut kereta dirempuh treler Paparkan amaran pada skrin komputer RM13 juta tidak cukup JMM akan dedahkan bukti Selasa ini Misi bantuan terus berkhidmat 'Pek hari raya' kepada 5,000 penduduk Iklan Raya: TV3 mohon maaf Stesen televisyen perlu sensitif Bantu kerajaan banteras kemiskinan Harga: Belum ada aduan 13 maut hari ke-2 Ops Sikap 22 pelancong terselamat, bas rempuh tembok
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
BANCIAN
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
Utusan Online on Facebook
|