Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 15/05/2007
Bukan anak harimau

Bukan anak harimau

JOHOR BAHRU 14 Mei – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah mengenal pasti anak harimau yang didakwa ditemui di beranda oleh seorang suri rumah di Batu Pahat malam kelmarin sebenarnya adalah anak kucing.

Jurucakap Perhilitan Johor Bahru memberitahu, sepasukan Perhilitan Daerah Kluang telah menyiasat dakwaan itu di rumah suri rumah terbabit di Kampung Belahan Tampok, Rengit hari ini dan mengesahkan bahawa haiwan itu adalah anak kucing.

Menurutnya, ini berdasarkan anak haiwan itu, bersaiz kecil sedangkan anak harimau yang baru lahir adalah sebesar kucing dewasa.

“Kita telah kenal pasti anak haiwan itu adalah anak kucing yang telah disahkan sepasukan Perhilitan Daerah Kluang yang melakukan siasatan di tempat kejadian pada tengah hari ini.

“Sehubungan itu, kita tidak melakukan apa-apa terhadap anak kucing itu dan ia terserah kepada pihak yang menemuinya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bagaimanapun, jurucakap itu berkata, pihaknya akan menghantar satu pasukan penyiasat untuk menyiasat dakwaan ada terdengar bunyi ngauman harimau di sekitar kampung tersebut.

Kata beliau, pihaknya akan memastikan kawasan tersebut bebas haiwan liar itu bagi menjamin keselamatan penduduk kampung berkenaan.

Tambahnya, pasukan itu nanti akan cuba menjejaki harimau tersebut sekiranya benar-benar ada dengan menumpukan kesan tapak kaki haiwan tersebut.

“Penduduk khuatir selepas mendakwa terdengar ngauman harimau dan oleh sebab itu kita akan menghantar satu lagi pasukan untuk menyiasat perkara tersebut bagi memastikan haiwan berkenaan tidak mengganggu penduduk tempatan,” ujarnya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN