VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 13/05/2007

Universiti diminta anjur program perpaduan

KUALA LUMPUR 12 Mei – Kementerian Pengajian Tinggi mahu semua universiti menganjurkan program yang boleh disertai oleh semua kaum bagi mewujudkan perpaduan dan merapatkan hubungan antara kaum di kampus-kampus.

Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed berkata, kementerian itu masih tidak berpuas hati dengan pencapaian dalam konteks perpaduan di kampus dan memerlukan banyak inisiatif bagi melonjakkan hubungan antara kaum itu.

Katanya, salah satu program yang boleh menarik minat pelbagai kaum untuk menyertainya ialah melalui aktiviti sukan dan Bakti Siswa

“Saya dapati Bakti Siswa hanya dimonopoli oleh satu kaum. Saya mahu lebih ramai pelajar Cina dan India menyertainya bagi merasai kehidupan dan budaya berlainan bangsa dan agama. Sekiranya ia dilaksanakan, misi negara untuk merapatkan hubungan antara kaum akan tercapai.

“Kementerian juga sedang mengadakan kajian dengan Jabatan Perpaduan Negara mengenai perhubungan kaum di kampus dan hasilnya akan digunakan bagi merangka program supaya tiada kaum yang terpinggir daripada pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh universiti,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Pelancaran Gegar U!: Warna Warna Malaysiaku-Suatu Lambang Perpaduan.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Nori Abdullah berkata, kempen Gegar U! Warna Warna Malaysiaku bertujuan melibatkan warga muda dengan aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk perpaduan.

Katanya, kempen ini adalah rentetan kepada program Gegar U! yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Julai tahun lalu.

“Antara aktiviti yang akan dijalankan mulai hari ini sehingga 31 Ogos ini ialah pengumpulan mesej perpaduan melalui mesej bertulis, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman web, pameran dan konsert bergerak.

“Satu juta warga muda disasarkan akan mengikuti pelbagai aktiviti promosi berasaskan perpaduan,” ujarnya.

Tambahnya, mesej-mesej itu akan dikumpulkan dan diserahkan kepada Perdana Menteri pada 18 Ogos nanti.

“Tiga tokoh muda telah dipilih menjayakan kempen tersebut iaitu penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza; komposer dan penerbit, Jason Lo dan calon angkasawan negara, S. Vanajah,” katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.