Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
KORPORAT

ARKIB : 25/04/2007
PNB mahu tingkat pelaburan luar negara

PNB mahu tingkat pelaburan luar negara


Hamad Kama Piah Che Othman.


KUANTAN 24 April – Permodalan Nasional Berhad (PNB) bercadang untuk meningkatkan jumlah dana pelaburan di luar negara sehingga 25 peratus dalam tempoh lima tahun lagi berbanding lima peratus sekarang.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, pertambahan itu bertujuan meningkatkan pendapatan bagi mendapatkan pulangan yang lebih baik kepada PNB.

Beliau berkata, dana yang dilaburkan di luar negara itu kesemuanya adalah dananya sendiri dan bukan unit amanah yang dilaburkan oleh rakyat Malaysia.

Ini kerana, katanya, dana unit amanah di negara ini mempunyai konsep yang berbeza dan berikutan itu PNB perlu berhati-hati menggunakannya

“Unit amanah kita luar biasa, tidak seperti negara lain, kita (di Malaysia) kita membenarkan para pelabur mengeluarkan wang mereka pada bila-bila masa.

“Oleh itu, kita perlu memastikan PNB mempunyai wang yang cukup dan bersedia apabila pelabur mahukan wang mereka,” katanya kepada pemberita pada sidang media sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2007 di sini hari ini.

PNB kini menguruskan dana sebanyak RM104 bilion yang mana RM66 bilion adalah dana para pelabur manakala bakinya sebanyak RM38 bilion adalah miliknya.

Hamad Kama Piah memberitahu, PNB juga bercadang untuk menambah jumlah pelaburannya melalui anak syarikatnya di United Kingdom, PNB (UK) Ltd. pada suku kedua tahun ini.

Beliau berkata, PNB (UK) yang beroperasi sejak lapan bulan lalu telah diberi dana sebanyak RM300 juta sebagai permulaan untuk mengurus dana di negara tersebut.

Bagaimanapun, dalam tempoh singkat anak syarikatnya itu mampu menunjukkan prestasi baik dan mula mencatatkan keuntungan hasil pelaburan mereka dalam ekuiti, bon dan pasaran wang.

“Kita berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan dan kita akan menambah beberapa kali ganda lagi dana untuk diuruskan di sana pada tahun ini

“Bukan setakat di United Kingdom tetapi PNB juga mahu meningkatkan jumlah dana di Singapura juga,” tambah beliau.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN