VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 21/04/2007

Ekspo Budaya didik pelajar adat perkahwinan kaum-kaum di Malaysia


RAJA Ahmad Niza Raja Ahmad melawat sekitar ekspo dengan diiringi oleh guru-guru terlibat.


MENGHAYATI, mengenali, mencintai dan menyerlahkan budaya Malaysia menjadi tema Ekspo Budaya Malaysia yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Selayang Bharu, Selangor, baru-baru ini.

Ekspo anjuran Persatuan Bahasa Melayu ini mendapat kerjasama Persatuan Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sekolah tersebut.

Seramai kira-kira 50 orang pelajar tingkatan satu hingga lima dan empat guru terlibat dalam ekspo yang diadakan buat kali ketiga oleh sekolah tersebut.

Menurut Penyelaras Ekspo merangkap Guru Kanan Bidang Bahasa dan Ketua Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu SMK Selayang Bharu, B. Mahaletchimi, ekspo kali ini melibatkan budaya dan adat perkahwinan Melayu, Cina dan India berbanding tahun-tahun lalu yang hanya memfokus pada budaya Melayu sahaja.

“Ini bersesuaian dengan tajuk folio sejarah Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun ini, iaitu perkahwinan kaum di Malaysia,’’ katanya.

Beliau menambah, hasratnya untuk melihat pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India bekerjasama dalam ekspo ini tercapai yang seterusnya melahirkan perpaduan pelbagai bangsa di negara ini.

“Selain itu, pihak sekolah mahu menunjukkan kepada pelajar-pelajar bahawa tidak wujud masalah perkauman di sekolah ini dan perpaduan sentiasa diamalkan di antara sesama kaum,’’ ujar beliau lagi.

Selain pameran adat dan budaya perkahwinan tiga bangsa utama di Malaysia, turut diadakan ialah pameran herba dan ubat-ubatan tradisional, kuih-muih Cina dan India, fesyen Melayu, Cina, India dan banyak lagi.

Sementara itu, pengetua sekolah tersebut, Noraini Mohd Lasim berkata, ekspo itu berjaya diadakan kerana wujudnya kerjasama di antara para guru dan pelajar.

“Perancangan telah diadakan sejak sebulan lalu namun cuma dalam tempoh dua minggu ini setiap yang terlibat bertungkus-lumus membuat persiapan dan mencari maklumat melalui Internet,’’ katanya.

Ekspo sehari ini telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Selayang, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ahmad.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.