VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 15/04/2007

Cinta Tak Bertepi KL – Jakarta

SEMAKIN ramai rakyat Malaysia kini memilih wanita Indonesia sebagai calon isteri. Tanya kenapa?

Apakah istimewanya wanita Indonesia kepada lelaki Malaysia? Kalau paras rupa cantik merupakan faktor utama, ramai anak gadis Malaysia tidak kurang hebatnya.

Apakah kerana hantaran perkahwinan terlalu mahal sekarang atau kerana gadis atau lelaki Malaysia terlalu memilih pasangan masing-masing, menyebabkan mereka beralih ke tanah seberang untuk mencari pasangan hidup?

Data-data yang diperoleh di Jakarta menunjukkan antara tiga hingga lima pasangan warganegara serumpun itu mendaftar untuk berkahwin pada setiap hari.

Ini menunjukkan dalam sebulan sekitar 100 lelaki Malaysia mendaftar untuk berkahwin dengan wanita Indonesia.

Kalau dihitung dalam setahun, lebih 1,200 lelaki negara kita menyunting anak-anak gadis Indonesia untuk dijadikan isteri.

Tidak juga dinafikan, ramai wanita Indonesia berminat dengan lelaki Malaysia.

Banyak faktor yang mendorong cewek Indonesia memilih calon suami dari Malaysia.

Faktor ekonomi dikatakan menjadi sebab utama mereka rela bersuamikan rakyat Malaysia tanpa melihat perbezaan batas umur dan budaya.

Selain itu, ramai wanita Indonesia bekerja di Malaysia dalam sektor perkilangan, pembantu rumah dan tidak kurang juga yang sedang belajar.

Mereka akhirnya bertemu jodoh dengan pria-pria kita walaupun perkahwinan antara dua warganegara itu kadangkala mendapat tentangan keluarga dan menimbulkan masalah apabila berlaku perceraian seperti tuntutan nafkah dan perebutan hak untuk memelihara anak.

Namun demikian, ramai juga profesional Malaysia atau ahli perniagaan kita yang terpikat dengan wanita Indonesia kerana kejelitaan dan penampilan mereka..

Tidak kurang juga yang mengambil wanita Indonesia sebagai isteri kedua dan ketiga sama ada secara terangan atau di luar pengetahuan isteri pertama.

Satu hal yang perlu diakui, Indonesia mempunyai ramai penduduk (245.4 juta jiwa) yang bertebar dari Aceh sampai Irian Jaya.

Ada wanita Jawa, Sunda, Betawi, Bugis, Minang, Melayu, Batak, Manado, Madura, Aceh, wanita keturunan Arab dan Belanda.

Berdasarkan data penduduk pada 2006, daripada jumlah rakyat Indonesia, lebih 80.7 juta adalah wanita yang berusia 15 tahun ke atas, iaitu hampir sama dengan jumlah lelaki.

Perkahwinan rentas sempadan antara dua negara jiran yang semakin meningkat ini turut menjadi ilham penerbit drama Cinta Tak Bertepi, sebuah drama bersiri yang dijadual ditayangkan di RTM2 dan stesen ANTV dari Indonesia pada pertengahan tahun ini.

Drama Cinta Tak Bertepi terbitan CREasian Sdn. Bhd., merupakan program pertama usaha sama Malaysia dan Indonesia dalam menerbitkan drama-drama bersiri bagi menjalin kerjasama budaya negara serumpun.

Pengarah Urusan CREasian, Mohd Zin Ariff berkata, drama 26 siri itu yang dibarisi pelakon Malaysia dan Indonesia itu adalah susulan dari kerjasama dalam menerbitkan drama-drama untuk RTM dengan Singapura dan Filipina.

Zin memberitahu Mingguan Malaysia, cerita dalam drama Cinta Tak Bertepi itu bagaiamanpun mempunyai sedikit kelainan.

Ia bukan cerita cinta atau perkahwinan antara pembantu rumah Indonesia dengan rakyat Malaysia.

Drama itu mengisahkan percintaan tiga segi antara seorang mahasiswa wanita jurusan arkitek yang kecewa teman lelaki dari Malaysia dan akhirnya jatuh cinta dengan pemuda tampan Indonesia yang memiliki minat dan hobi yang sama.

Cinta Tak Bertepi juga mengetengahkan persoalan perniagaan di mana ibu bapa mahu anak-anak mewarisi perniagaan mereka sedangkan anak cenderung dalam bidang keseniaan.

Drama itu juga mendedahkan tentang perebutan harta dan menjejak keluarga akibat perkahwinan rentas sempadan.

Cinta Tak Bertepi diarahkan oleh pengarah muda Imre Nasution menampilkan pelakon ternama seperti Datuk Rahim Razali dan Jalaluddin Hassan serta pelakon muda – Almy Nadia, Ako Mustafa, Sherry Ibrahim dan Yasmin Hani.

Pelakon Indonesia pula terdiri Putra Mahindra, Erwen Cortez, Iwransyah, Ivanka dan Andy Otniel.

Bagi para pelakon Malaysia, kerjasama dalam drama itu memberikan peluang kepada mereka untuk mencari pengalaman baru dalam dunia perfileman di Indonesia yang sudah agak maju.

Almy dan Sherry menyifatkan drama Cinta Tak Bertepi bakal menjadi jambatan kepada pelakon drama Malaysia untuk dikenali di Indonesia apabila siri drama itu disiarkan di stesen ANTV.

– Mingguan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.