Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
BERITA UTAMA

ARKIB : 10/04/2007
Penulis blog tak perlu daftar

Penulis blog tak perlu daftar

KUALA LUMPUR 9 April – Para penulis blog tidak perlu mendaftar dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, jelas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ini kerana kata Perdana Menteri, ia tidak menjadi dasar kerajaan untuk untuk memaksa penulis-penulis blog mendaftar.

‘‘Undang-undang untuk mendaftarkan penulis-penulis blog ini belum ada dan kalau hendak dilaksanakan, ia perlu dikaji dengan mendalam. Kalau kerajaan mewajibkan mereka untuk mendaftar mungkin ada yang tidak akan mendaftar.

‘‘Penulis blog ini juga menggunakan saluran di luar negara seperti di Amerika Syarikat (AS). Oleh itu undang-undang sedia ada akan dikuatkuasakan ke atas mereka apabila ia boleh dikuatkuasakan,’’ katanya di sini hari ini.

Abdullah mengulas kenyataan Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor bahawa kementerian itu sedang mempertimbangkan menguatkuasakan undang-undang agar penulis blog mendaftar dengan kementerian.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN