VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 06/04/2007

Anggota polis maut motosikal ditendang ketika kejar pencuri


Harry Sim.


TAPAH 5 April – Seorang anggota polis terbunuh apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas dan merempuh sebuah treler selepas ditendang seorang pencuri di Kilometer 48 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, kira-kira satu kilometer dari Balai Polis Temoh di sini, awal pagi ini.

Mangsa yang terbunuh ialah Konstabel Harry Sim, 21, berasal dari Sandakan Sabah.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Perak, Senior Asisten Komisioner II Dr. Ab. Rahman Ismal berkata, kejadian berlaku pada pukul 12.50 pagi ketika mangsa dan seorang rakannya, Lans Koperal Nik Mohd. Anizam Ramli, 26, sedang melakukan rondaan dan terserempak dengan seorang suspek sedang mengumpil pintu sebuah kereta.

Beliau berkata, mangsa dan Nik Mohd. Anizam yang menunggang dua motosikal berasingan telah mengejar suspek yang melarikan diri dengan sebuah motosikal menuju ke jalan itu.

‘‘Kedua-dua anggota polis itu mengambil masa di antara 10 hingga 15 minit untuk mengejar dan menghimpit motosikal suspek.

‘‘Suspek telah menendang motosikal mangsa ketika cuba ditahan menyebabkan mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke kanan jalan dan merempuh sebuah treler yang berhenti di jalan itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di sini, hari ini.

Menurut Ab. Rahman, mangsa yang cedera parah di kepala, siku dan patah kaki kanan dikejarkan ke Hospital Tapah tetapi meninggal dunia dalam perjalanan.

Katanya, mayat mendiang akan dihantar ke Kuala Lumpur petang ini untuk diterbangkan ke kampung halamannya di Sandakan.

Beliau berkata, mangsa yang masih bujang baru bertugas di Cawangan Tugas Am di sini pada 9 Disember tahun lalu.

Ab. Rahman berkata, operasi mengesan suspek yang masih bebas sedang dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis di sini bagi membantu siasatan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.