VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 29/03/2007

Jutawan Sendayan menghitung hari untuk tinggal di banglo


Mohd. Yusof Ismail menunjukkan isyarat bagus di hadapan rumah banglo yang bakal didudukinya di Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan, semalam. – Gambar ABD. RAZAK AID.


SEREMBAN 28 Mac – Selepas menerima durian runtuh wang pampasan kira-kira RM500,000 lebih setahun lalu, jutawan Felda Sendayan kini menghitung hari untuk tinggal di banglo mewah yang dijangka siap penghujung tahun ini.

Bagi mereka, segala janji yang dibuat oleh kerajaan negeri telah ditepati, malah banglo yang berharga RM250,000 itu dijangka siap lebih awal dari tarikh sepatutnya.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Kemajuan dan Kebajikan Kampung (JKKKK), Mohd. Yusof Ismail berkata, proses pembinaan banglo tersebut berjalan lancar dan hampir separuh daripada 513 unit banglo itu telah siap dibina.

Katanya, penduduk Sendayan berpuas hati dengan pembayaran pakej pampasan yang dilakukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS).

“Kami amat bersyukur kerana semuanya berjalan lancar dan banglo yang sepatutnya siap dalam tempoh 24 bulan ini juga akan siap lebih awal.

“Penduduk rasa amat bertuah kerana penantian hampir 10 tahun ini akhirnya berbaloi.

“Selain itu, saya difahamkan semua proses pembayaran pampasan itu termasuk penyerahan geran tanah akan dilakukan semasa majlis penyerahan kunci rumah ini nanti,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai proses pembinaan banglo yang dijanjikan dalam Skim Pembayaran Pampasan Tanah dan Pembangunan Felda Sendayan.

Melalui skim tersebut, peneroka Felda Sendayan menerima pampasan antara RM450,000 dan RM685,780 seorang, tanah pertanian seluas 0.4 hektar yang bernilai RM348,480 dan satu unit banglo setingkat empat bilik dengan keluasan bangunan 167.2 meter persegi di atas tanah seluas 929 meter persegi bernilai RM240,000.

Mereka juga diberi pilihan untuk memilih tiga jenis model banglo mengikut kesesuaian sendiri.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengadakan lawatan kerja ke tapak projek lot banglo di Bandar Sri Sendayan yang terletak kira-kira lima kilometer dari Felda Sendayan esok.

Dalam pada itu, seorang peneroka, Osman Ali, 74, berkata, beliau amat bertuah kerana sempat menikmati hasil keringat setelah berpuluh tahun membanting tulang di Felda Sendayan.

“Saya sendiri telah meninjau pembinaan banglo ini, ada di antaranya telah siap dan saya syukur semua berjalan dengan lancar,” katanya.

Abdullah Omar, 59, pula berkata, banglo itu akan dijadikan sebagai tempat untuk mereka sekeluarga berhimpun.

Tambahnya, ia menjadi simbol kepada keringat dan penat lelah semasa mula-mula menjadi peneroka di kawasan berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.