VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 27/03/2007

Semak lesen memandu guna laman web JPJ diperluas

KUALA LUMPUR 26 Mac - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperluaskan kemudahan menyemak tarikh luput lesen memandu secara talian terus ke seluruh negara mulai bulan depan.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Solah Mat Hassan berkata, kemudahan tersebut telah pun dilaksanakan sejak 28 Februari lalu di Lembah Klang.

‘‘Untuk menyemak status lesen memandu, orang ramai hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan ke dalam laman web JPJ.

‘‘Ia kini di peringkat akhir persiapan dan dijangka minggu depan boleh digunakan di seluruh negara,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

JPJ buat masa ini melalui laman webnya www.jpj.gov.my menyediakan perkhidmatan semakan senarai hitam pemandu serta kenderaan, semakan sijil pengajar institut memandu (SPIM) serta sijil jurulatih penguji berkelayakan (QTI), semakan ujian bahagian satu dan semakan mata Keselamatan Jalan Raya (Kejara).

Menurut Solah, pihaknya juga akan menghantar surat peringatan bagi memaklumkan para pemandu sebelum tarikh luput lesen memandu dan cukai jalan kenderaan mereka.

Beliau memberitahu, selain lesen memandu, JPJ juga bakal menyediakan perkhidmatan menyemak tarikh luput cukai jalan kenderaan.

Katanya, tujuan JPJ memperkenalkan kemudahan berkenaan adalah sebagai langkah penambahbaikan perkhidmatannya kepada orang ramai.

‘‘Sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan seperti lupa untuk memperbaharui lesen atau cukai jalan.

‘‘Dengan adanya kemudahan ini, sekurang-kurangnya JPJ dapat membantu orang ramai menunaikan tanggungjawab mereka,’’ katanya lagi.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.