ARKIB : 13/03/2007
BN tetapkan 2057 sasaran baru pembangunan negara
KUALA LUMPUR 12 Mac – Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) membuat ketetapan tahun 2057 sebagai sasaran baru kerajaan memperhebatkan lagi kemajuan negara selepas wawasan 2020.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, langkah itu penting kerana kerajaan mahu setiap kejayaan dikecapi pada Wawasan tersebut diteruskan dan bukan terhenti setakat itu sahaja.
Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, visi yang digariskan itu adalah kesinambungan kepada wawasan 2020 yang antara lain menumpukan usaha membangunkan sepenuhnya modal insan di kalangan generasi muda mengikut acuan budaya Malaysia.
‘‘Bukan maksud kita untuk merombak visi yang telah kita gariskan (Wawasan 2020) sebaliknya penetapan tahun 2057 merupakan satu kesinambungan daripada Wawasan 2020.
‘‘Wawasan 2020 telah menjadi satu visi yang perlu dicapai matlamatnya dan itu telah dijelaskan berulang kali dan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) ia telah menjadi sandaran kita untuk memajukan negara.
‘‘Bagi saya setiap pencapaian diperoleh tahun ini akan jadi asas tahun depan dan tiap-tiap kejayaan tahun hadapan akan jadi asas kepada usaha lebih hebat lagi pada tahun seterusnya,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Datuk Onn, di sini, malam ini.
Mengulas lanjut, Abdullah berkata, penetapan tahun berkenaan turut mengambil kira semangat tarikh kemerdekaan negara.
‘‘Saya kira 50 tahun akan datang bukan satu tempoh lama. Sehubungan itu saya meminta semua pihak daripada parti komponen BN, rakyat, ahli akademik dan semua pihak sama-sama mencetuskan fikiran supaya apa yang kita hasratkan tercapai,’’ katanya.
Sementara itu ketika ditanya mengenai persiapan pilihan raya, beliau berkata, BN sedia menghadapinya pada bila-bila masa.
‘‘Sungguhpun begitu saya ingin tekankan, sekarang bukan masanya untuk kita membicarakan soal pilihan raya sebaliknya kita perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada agenda memajukan negara dan rakyat melalui pelaksanaan RMK-9.
‘‘Walaupun ada mula orang bercakap mengenai pilihan raya, kerajaan melihat ada keutamaan lain perlu diselesaikan terlebih dahulu. Kita mahu janji-janji manifesto BN pada pilihan raya lepas ditunaikan,’’ ujarnya.
Pada sidang akhbar itu, Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Nadiah Amirah Jamil, 18, kerana kejayaan cemerlangnya mendapat 18A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006.
‘‘Pencapaian akademiknya memang cemerlang. Dia telah membuktikan bahawa pelajar sekolah luar bandar boleh mendapat keputusan cemerlang,’’ katanya.
Kenapa DAP tidak mahu?
Jusuf Kalla patut pujuk Anwar berubat, bertaubat
Nasihat Nalla kepada Anwar
Ahli Parlimen DAP mohon maaf tuduh rakyat Malaysia pengundi asing
Karpal syor mansuhkan Dewan Negara
Khairy tidak sepatutnya bercakap bagi pihak Zahid - ZAM
Penyokong pembangkang cetus provokasi - Hamidah
Bekas calon BN DUN Selinsing meninggal dunia
Nasib ahli UMNO sabotaj BN diketahui minggu depan
Malaysia Spring dirancang awal
Usaha damaikan Najib-Anwar hanya buang masa
Nik Nazmi tidak mengaku salah
Pas akui dasar belum sempurna
Perhimpunan di Padang Kota Lama ditolak
Guan Eng didesak minta maaf kepada masyarakat India
Rafidah diminta letak jawatan Pengerusi AirAsia X
Minta MCA tidak pecat Siew Kiong
Pas lapang dada terima keputusan PRU-13
Penganjur wacana dipanggil beri keterangan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









