|
ARKIB : 05/03/2007 Nadiah Amirah peroleh 19 1A SPM 2006
BATU PAHAT 4 Mac – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 yang akan diumumkan pada 12 Mac ini dijangka menyaksikan satu lagi rekod baru dilakarkan apabila seorang pelajar perempuan dari sebuah sekolah di pekan Rengit dekat sini berjaya memperoleh 19 1A. Pelajar pintar itu, Nadiah Amirah Jamil, 18, ialah penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon. Berita kejayaan itu dibayangkan kepada Nadiah Amirah oleh pegawai Kementerian Pelajaran yang menghubunginya pada 24 Januari lalu bagi mendapatkan biodatanya. Pengumuman kejayaan itu kelak, jika benar, akan memadamkan rekod Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah Menengah Ulu Tiram dekat Johor Bahru yang mendapat 17 1A dalam SPM 2004. Nadiah Amirah, anak sulung daripada tiga beradik, mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sejarah, Pendidikan Islam serta Bahasa Inggeris dalam Sains dan Teknologi (EST). Dia juga mengambil subjek Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi Asas, Tasaur Islam, Pendidikan Al-Quran dan Sunah, Pendidikan Syariah Islamiah, Sains Teras, Geografi dan Sastera. Gadis ini sememangnya pelajar pintar sejak di sekolah rendah lagi apabila mencatatkan keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang, Rengit. Keputusan itu melayakkannya meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Kluang dan dia sekali lagi mencatat keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Demi cita-citanya untuk memadamkan rekod Nur Amalina yang menjadi idolanya, Nadiah Amirah sanggup meninggalkan segala kemudahan di sekolah berasrama penuh untuk kembali menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon yang dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Tanpa had Ketika ditemui Utusan Malaysia, Nadiah Amirah berkata, hanya di sekolah biasa sahaja seseorang pelajar dibenarkan mengambil jumlah mata pelajaran tanpa had dalam peperiksaan SPM. Katanya, jika dia hendak menyaingi Nur Amalina, dia kena bertukar ke sekolah biasa. Usaha dan pengorbanannya itu berbaloi dengan kejayaan cemerlang sebagai pelajar tunggal yang memperoleh 19 1A. Namun apa yang pasti, Johor sekali lagi bakal melahirkan seorang pelajar pintar daripada keluarga sederhana. Kata Nadiah Amirah: “Keazaman dan cita-cita mengatasi segalanya.” Bapa Nadiah Amirah, Jamil Omar, 55, ialah guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon manakala ibunya, Zakiah Zakaria, 51, mengajar di sebuah sekolah kebangsaan di Rengit. TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
MBE tidak ketepikan DEB
Indonesia: Nasihat perjalanan hanya jika keadaan makin buruk Iraq perlu penyelesaian politik dalaman apabila AS berundur - PM PM terima kad kemerdekaan 8 Sept. tarikh lihat anak bulan Syawal Ismail anggap jawatan KPN berat Sudah masanya saya berundur - Musa Hassan Kaki ponteng puasa dilindungi Akaun Facebook 'Melayu Babi': GPMS buat laporan polis Azizan kecewa kerajaan tidak tegas tangani isu Namewee PCRS rayu bantuan antarabangsa Dato'-Dato' Lembaga Luak Jempol beri sumbangan Ops Sikap Ke-22 sempena Aidilfitri bermula esok Anggota misi tetap sambut kemerdekaan Sultan Selangor dapat maklumat salah Rumah daif dibaik pulih - Rosmah Sultan tak terima maklumat salah - Khusrin Sekolah Harapan ditangguh MAIWP kemukakan bantahan awal Pamer logo halal tapi jual arak Negara mampu realisasikan Wawasan 2020 Jelajah Yadim daftar 7,000 ahli
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
BANCIAN
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
Utusan Online on Facebook
|