VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 19/02/2007

Air terjun Kampung Perlis daif, perlu perhatian


MOHAMAD Subky Abdul Raof mununjukkan buku mengenai air terjun di Malaysia termasuk air terjun di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, semalam.


BAYAN LEPAS 18 Feb. – Pencemaran yang memusnahkan air terjun di Kampung Perlis di sini, pernah mendapat perhatian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri.

Bagaimanapun, apa yang menimbulkan persoalan ialah walaupun pernah ditegur pemimpin nombor satu negara, namun keadaan air terjun itu tidak banyak berubah.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, persekitaran air terjun itu dibiarkan begitu sahaja seolah-olah tidak ada usaha untuk memperbaikinya sehingga dilaporkan muka depan Utusan Malaysia pada 8 Februari lalu.

Menurut sepupu kepada Perdana Menteri sendiri, Datuk Mohamad Subky Abdul Raof, Abdullah membuat teguran mengenai kerosakan air terjun yang pernah menjadi tempatnya bermandi-manda pada zaman kanak-kanak dahulu, ketika menghadiri mesyuarat pihak berkuasa tempatan di negeri ini, empat tahun lepas.

Bagaimanapun kata beliau, sejak itu sampai sekarang, tidak ada satu usaha pun diambil bagi memperbaiki keadaan itu.

“Saya tahu jauh di sudut hati Perdana Menteri, beliau amat kecewa dan sedih melihat perbezaan yang amat ketara terhadap tempat permainan beliau ketika kecil-kecil dahulu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, Abdullah juga begitu berbangga dengan air terjun itu malahan ketika bergiat aktif dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), pernah mengajak rakan-rakannya berkelah dan mandi-manda di kawasan itu.

Perdana Menteri sebelum ini pernah mengimbau kenangan keseronokan bermandi-manda di sebuah air terjun di Bayan Lepas pada zaman kecilnya tetapi semuanya tinggal kenangan sahaja.

Pencemaran di kawasan air terjun itu berpunca daripada sebuah loji pembancuhan simen yang beroperasi terlalu hampir dengan aliran air sungai tersebut.

Walaupun diberi notis menghentikan kegiatan mereka, namun syarikat itu meneruskan operasi termasuk membuang bahan buangan ke sungai berkenaan.

Tindakan itu menyebabkan air terjun yang suatu ketika dahulu menjadi tarikan orang ramai untuk mandi-manda, tidak lagi terurus.

Bagaimanapun ekoran laporan muka depan Utusan Malaysia mengenai pencemaran itu, syarikat berkenaan mula menjalankan kerja-kerja membersihkan sungai tersebut.

Ia dilakukan melalui kerja-kerja mengorek pasir untuk mengembalikan semula keindahannya dan dijangka siap beberapa hari lagi.

Menceritakan lebih lanjut, Mohamad Subky, 70, bekas Ahli Parlimen Balik Pulau itu berkata, air terjun Kampung Perlis pernah tersenarai tiga air terjun menjadi tarikan orang ramai di Pulau Pinang.

Ia juga tersenarai antara 114 air terjun terkenal di Malaysia pada penghujung tahun 1980-an.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau itu juga berkata, ia turut menjadi tempat berehat juruterbang Malaysia Singapore Airlines selepas mendarat di Lapangan Terbang Bayang Lepas di sini.

“Cukup seronok apabila tengok pilot-pilot ini datang berehat dan mandi di sini, lepas dua tiga jam, mereka balik semula dengan penerbangan yang mereka datang,” ujarnya.

Menurutnya, keindahan air terjun itu juga pernah mendapat pengiktirafan Jabatan Pengairan dan Saliran dan tersenarai dalam buku yang dikeluarkan Kementerian Pertanian yang ketika itu diterajui Tan Sri Sanusi Junid.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.