KORPORAT

ARKIB : 19/02/2007
Petro Retail dapat kontrak RM30 juta

Petro Retail dapat kontrak RM30 juta

KUALA LUMPUR 18 Feb. – ABP Capital Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan tokoh korporat Datuk Pahamin Rajab, telah memberikan kontrak bernilai RM30 juta kepada Petro Retail Sdn. Bhd. untuk membekalkan peralatan dalam menjayakan usahanya mewujudkan serangkaian 200 pusat khidmat automotif di seluruh negara.

Sumber yang rapat dengan ABP Capital hari ini berkata, memorandum persefahaman telah dimeterai baru-baru ini yang menyaksikan Petro Retail membekalkan, mentauliah dan menyelenggara peralatan berkenaan.

Petro Retail merupakan pembekal eksklusif peralatan automotif buatan Itali.

Sumber itu menambah, ABP Capital telahpun menerima penghantaran peralatan bernilai RM3 juta, pada bulan ini.

Difahamkan cadangan mengadakan serangkaian pusat khidmat sedemikian dipercayai memerlukan bekalan peralatan bernilai lebih RM50 juta.

Pahamin yang juga Pengerusi AirAsia Bhd., syarikat penerbangan tambang murah, sebelum ini dilaporkan melabur RM100 juta untuk menceburi bidang perniagaan terbaru.

Pengarah Urusan Petro Retail, Kamarul Hazahar, ketika diminta mengulas telahpun mengesahkan tetapi enggan mengulas mengenai kontrak itu.

Petro Retail yang ditubuhkan pada tahun 2002, adalah kumpulan syarikat-syarikat Protank-Petro Retai yang berpengalaman di bidang industri minyak dan gas serta industri petrokimia.

Kumpulan itu yang juga rakan strategik dengan Petronas, juga membekalkan peralatan kepada terminal minyak, stesen minyak dan bengkel servis.

ABP Capital yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia, diterajui oleh Armin Baniaz Pahamin.

Pahamin dan ABP Capital gagal dihubungi untuk mendapatkan komen.

IKLAN@UTUSAN
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30
 
IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN
BANCIAN
IKLAN@UTUSAN
Untitled Document
IKLAN@UTUSAN
Untitled Document
Utusan Online on Facebook