ARKIB : 17/02/2007
Kes remaja terlibat jenayah meningkat
KUALA LUMPUR 16 Feb. – Masyarakat perlu berganding bahu bersama polis dalam usaha mengatasi masalah jenayah di kalangan remaja termasuk pelajar yang semakin membimbangkan, kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan.
Beliau menyuarakan kebimbangan tersebut kerana kes-kes jenayah melibatkan remaja dan pelajar di seluruh negara meningkat sebanyak 295 kes pada tahun lalu.
Musa berkata, sebanyak 6,838 kes jenayah termasuk jenayah kekerasan, harta benda terutama kes mencuri motosikal membabitkan remaja dilaporkan pada tahun lalu berbanding 5,543 kes pada tahun sebelumnya.
‘‘Seramai 8,113 remaja berusia antara 16 dan 18 tahun ditahan sepanjang tahun lepas dan daripada jumlah itu 3,545 adalah pelajar.
‘‘Situasi ini harus dipandang serius oleh semua pihak kerana dalam sesetengah kes ia turut melibatkan para pelajar seawal umur tujuh hingga 10 tahun,’’ katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan sempena wacana bulanan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertajuk Jenayah dan Perubahan Nilai Dalam Masyarakat Malaysia di Menara DBP di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, jumlah remaja yang ditangkap pada tahun lepas juga meningkat berbanding 5,997 orang termasuk 2,889 pelajar pada tahun 2005.
Bagaimanapun katanya, statistik penglibatan remaja dan pelajar dalam penyalahgunaan dadah pula menurun dari 1,357 orang pada 2005 kepada 1,253 orang pada tahun lepas.
Menjawab satu soalan, Musa memberitahu, ibu bapa diingatkan jangan terlampau mengejar kemewahan sehingga mengabaikan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak.
Musa berkata institusi kekeluargaan perlu terus diperkukuh dalam usaha untuk menjadikannya sebagai benteng paling teguh dalam menghadapi cabaran sosial masa kini.
Beliau berkata, ia juga sangat perlu kerana kewujudan keluarga bahagia akan memudahkan usaha bagi melahirkan sebuah masyarakat yang baik tanpa mendatangkan masalah pada negara.
‘‘Sebab itu perlu ada perasaan kasih-sayang dan hormat-menghormati dalam keluarga bagi mewujudkan masyarakat penyayang, sekali gus anak-anak akan rasa di sayangi dan dihargai oleh ibu bapa,’’ katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau mengingatkan ibu bapa agar bersikap terbuka terhadap teguran jiran tetangga ke atas perlakuan anak-anak mereka.
Dilantik Exco Johor: Tee Siew Kiong akur keputusan MCA
Abadi detik persandingan di atas bas panorama Melaka
Mesej klik dengan bijak melalui Festival Belia
Anwar ingkari perjanjian damai hormati keputusan PRU-13 - Jusuf Kalla
Tengku Adnan cabar Husam kemukakan bukti
Saiful Bukhari Azlan selamat diijab kabul dengan Nik Suryani
Guru perlu berani hadapi gelombang baru cabaran pendidikan
Penduduk tuntut Anwar, Guan Eng turun padang
4 kapal tentera laut India berlabuh di Pelabuhan Klang
Persepsi belia terhadap bidang pertanian akan diubah
Malaysia sedia bantu negara minat contohi pengurusan Tabung Haji
Ketua Hakim Negara arah petisyen PRU-13 diselesai dalam tempoh 6 bulan
Sambutan Hari Wesak: Malaysia seru pihak berkonflik buang sifat ekstrem
Trafik di lebuh raya lancar sebelah pagi
Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo! bermula meriah
BN jadi parti tunggal?
Dua bekas KPN anggap tindakan tangkap betul
Jangan politikkan tangkapan di bawah Akta Hasutan
Subjek bahasa Mandarin, Tamil di sekolah kebangsaan diteliti
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









