|
ARKIB : 13/02/2007 Haisan beli 50 peratus MMGKUALA LUMPUR 12 Feb. – Haisan Resources Bhd. (Haisan) telah memeterai perjanjian dengan Malaysian Mega Galvanising Sdn. Bhd. (MMG) untuk membeli 50 peratus saham MMG melibatkan 750,000 saham biasa pada harga RM13.5 juta. Ketua Pegawai Eksekutif Haisan, Ong Chin Yet percaya pemilikan itu akan saling menyokong perkhidmatan kejuruteraan Haisan selain meningkatkan sinergi perniagaannya yang lain. “Pemilikan ini akan mengakibatkan penyatuan proses pembuatan. Gabungan kepakaran tenaga kerja akan menyebabkan peningkatan keberkesanan operasi daripada aspek pengeluaran yang akan menjimatkan kos syarikat dan pelanggan,” kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini. MMG yang terlibat dengan kerja-kerja logam bangunan beroperasi di dua buah kilangnya di Balakong dan Klang. Menurutnya, pemilikan ekuiti syarikat itu juga akan meningkatkan skala ekonomi dalam perniagaan kejuruteraannya sinergi kos dan perolehan yang dijana daripada aktiviti Haisan dan MMG. TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
BANCIAN
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
Utusan Online on Facebook
|